Sebut sahaja nama KFC, pasti kita terbayang-bayang kerangupan dan keenakan ayam gorengnya. Sehingga ke hari ini, restoran KFC sentiasa penuh dengan pelanggan. Belum pernah lagi kita lihat KFC lengang tanpa pelanggan.
Akan tetapi, sejak akhir-akhir ini, KFC banyak juga dilanda kontroversi. Antaranya ialah produknya tak seperti yang digambarkan dalam iklan. Ekoran itu, pelanggan tidak berpuas hati kerana telah membelanjakan wang yang mahal semata-mata untuk makan di KFC. Di KFC di New Zealand, kecoh mengenai produk makanan flatbread slider. Saiz roti berkenaan dikatakan jauh lebih kecil berbanding iklan, serta lebih kecil dari jari telunjuk! Ratusan pelanggantelah membuat aduan dan kritikan terhadap flatbread KFC dan iklan yang dianggap cuba untuk memperdaya pelanggan. Menurut iklan asal pada poster KFC, roti slider itu memang nampak sedap dan menyelerakan. Ia didatangkan dengan pelbagai pilihan, dan disajikan bersama salad campuran termasuk sayur letus, lobak dan kubis, serta ayam. Namun begitu, berdasarkan imej yang diperolehi daripada respon pelanggan, roti slider itu tidak lengkap isinya yang hanya ditutupi sos serta dibalut dengan tidak kemas. Pengurus Awam Pemasaran KFC berkata aduan yang dibuat terhadap produk makanan berkenaan telah diterima melalui Facebook. Dia juga menyatakan permohonan maaf kepada semua peminat KFC. Menurutnya lagi, dalam sesetengah kes, penyediaan makanan oleh sesetengah restoran KFC tidak mencapai piawaian yang ditetapkan namun para pekerja telah diingatkan untuk sentiasa meningkatkan kualiti penyediaan makanan bagi mencapai piawaian tinggi makanan KFC. Terdapat juga pelanggan yang menyamakan saiz flatbread KFC dengan saiz tampon kerana terlalu kecil untuk dimakan. Nampaknya, pihak KFC harus mula memandang serius akan piawaian kualiti penyediaan makanan dan memantau serta mengambil tindakan ke atas mana-mana cawangannya yang tidak patuh. Sebagai pelanggan setia KFC, kita boleh bertindak dengan memberikan maklum balas melalui borang yang disediakan atas talian. -CARI |
9
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nokiaman replied at 24-1-2019 02:24 AM
Da komplen usah laa layan Kefsi tu..
Ummah Melayu nie..
Takde Kefsi matilah kekdahnya gitu....
buragazz replied at 24-1-2019 12:48 PM
Tapi klu slider memang kecik klu ikut standard la cuma maybe promo lain kot...
kucingitam replied at 24-1-2019 04:05 PM
yup..slider mmg kecik sllnya..
buragazz replied at 24-1-2019 04:10 PM
Kann... tapi KFC ni memang selalu misleading promo dulu kat Malaysia yang kes udang tu..
ADVERTISEMENT