CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Tok Batin Kena 'Culik' - Fuziah Salleh

24-1-2019 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3803| Komen: 20

“Hari ini saya dengar ada Tok Batin sudah kena ‘kidnap’ (culik). Kita pergi kampung pun Tok Batin sudah hilang, tinggal anak buah saja. Tidak tahulah mana dia bawa pergi, saya pun tidak tahu."


Demikian kata Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh yang mendakwa 'penculikan' Tok Batin dikampung Orang Asli menyukarkan Pakatan Harapan (PH) turun berkempen di kawasan penempatan mereka.


Foto: FMT

Malah, ada Tok Batin yang takut untuk memberi kerjasama dengan jentera PH sepanjang tempoh berkempen bermula 12 Januari lalu, lapor Harian Metro.

“Ada juga kampung saya pergi Tok Batin kata kami takut, nanti Menteri Besar yang saya (mereka) kenal dari kecil nanti, marah sama kami (mereka) dan tidak lagi bagi itu dan ini,” katanya.


Menurutnya, berikutan usaha mereka berkempen di kawasan Orang Asli sekitar Tanah Rata, Cameron Highlands tidak mendapat kerjasama daripada Tok Batin, beberapa program membabitkan pemimpin utama PH di kawasan berkenaan terpaksa diubah pada saat akhir.

Difahamkan, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya mengadakan kunjungan mesra ke rumah penduduk Orang Asli di Kampung Ruil terpaksa dibatalkan dan ditukar ke penempatan Orang Asli di Pos Terisu. - CARI

8

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 24-1-2019 03:14 PM
Awak orang Asli atau saya orang Asli?
Quote dinopower2 24-1-2019 03:16 PM
tobby replied at 24-1-2019 03:14 PM
Awak orang Asli atau saya orang Asli?

ok ni kelako #senangterhibur haha
Quote dinopower2 24-1-2019 03:17 PM
byk la kena culik haha
dah org taknak kena kencing... ko ade kuasa kan skrg haha
Quote badaksumbu 24-1-2019 03:17 PM
tobby replied at 24-1-2019 03:14 PM
Awak orang Asli atau saya orang Asli?

ni mp kpop wannabe bodo tu kan?
Quote Remyda 24-1-2019 03:20 PM
Tok batin sibuk pacak bendera BN. Hang tau apa
Quote myakayina 24-1-2019 03:33 PM
tobby replied at 24-1-2019 03:14 PM
Awak orang Asli atau saya orang Asli?

ni YB yg viral gaduh aritu kan?
Quote lipans 24-1-2019 03:34 PM
Kena culik konon....
Quote dizekni 24-1-2019 03:38 PM
terdesak betul PHundet nak menang

harap jika PH kalah kali ni, ia merupakan satu permulaan
kepada siri2 KEKALAHAN yang seterusnya


Quote SWORKS27 24-1-2019 03:44 PM
bodo punya kerajaan PH..sembang srupa pembangkang dah...lupa ka ??
Quote gujiwa 24-1-2019 03:46 PM
Kidnap la itu la ini la... Mcm2x hal.. mungkin mutan dah ambil dorng..
Quote zach2008 24-1-2019 04:05 PM
udah2 lah fuziah.
Bg je cameron tu kat BN.
Aku harap pun PH kalah.
Quote arm_band 24-1-2019 04:08 PM
tobby replied at 24-1-2019 03:14 PM
Awak orang Asli atau saya orang Asli?

iya, memang sajak sebegitu hahahahhh
Quote ninja boy 24-1-2019 04:22 PM
kena kidnap kunun org tu bz lah
Quote shamsadis 24-1-2019 04:43 PM
jangan gaduh2

[youtube]OiEX4QOfsFk[/youtube]
Quote MadameOnion 24-1-2019 07:46 PM
Tak paham...dah jadi kerajaan pun stail berkempen masih di takuk lama..masih jaja cerita kena tindas dgn umngok
Quote amyza82 24-1-2019 08:06 PM
Dah jadi kerajaan pun mentaliti pembangkang.
Orang bodoh je yg caya kat pakatan hancing ni.
Quote LautBiru52 24-1-2019 08:15 PM
tobby replied at 24-1-2019 03:14 PM
Awak orang Asli atau saya orang Asli?

Hahahaha. Sejak bila yb samseng ni jadi orang asli?
Quote munchkin 24-1-2019 08:25 PM
Bn masih berkuasa rupanayaaaaaa
Quote Remyda 25-1-2019 03:42 PM
Isu Tok Batin 'diculik': Tiada laporan, tiadalah siasatan -

Arfa Yunus, Astro Awani |  Published Januari 24, 2019 22:14 MYT

MUHYIDDIN: Kalau tiada bukti, siasatan tak boleh dilakukan.

JELAI: : Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata siasatan tidak dapat dilakukan susulan dakwaan ada Tok Batin (Ketua Kampung) di kampung Orang Asli yang 'diculik' pihak tertentu.

Menurut Muhyiddin, ini disebabkan tiada sebarang laporan polis dibuat mengenainya.

"Dalam masa kempen ini macam-macam perkara boleh terjadi.

"Tapi kalau tak ada bukti dan tak ada asas atau pun tiada laporan dibuat ke pihak berkuasa seperti polis, maka siasatan tak boleh dilakukan, jadi kita tak tahu apa keadaan sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh bahawa ada Tok Batin di kampung Orang Asli sudah ‘diculik’ pihak tertentu.

Fuziah juga mendakwa ini telah menyukarkan Pakatan Harapan (PH) untuk turun berkempen di kawasan penempatan Orang Asli.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035997 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top