CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Selar Wartawan TVAlhijrah

28-1-2019 09:51 AM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 3743| Komen: 4|Original author: Oleh: Safrie Halim

Gambar dari Facebook Najib Razak

Dato' Seri Najib Razak melalui hantaran status facebooknya menyindir wartawan TVAlhijrah yang telah menghinanya dengan perkataan biadap sebagai seorang yang lupa diri. 

Menurut Najib  wartawan itu mungkin sudah lupa bahawa beliau  yang melancarkan TVAlhijrah.   

"Masa menulis itu fikirlah balik. Tanpa Najib, ada peluang untuk bekerja di sana atau tidak?" sindir Najib.

Najib juga kecewa TVAlhijrah yang dilancarkannya dulu sebagai saluran sumber ilmu agama kini telah disalahguna sebagai medium menyampaikan  propaganda politik untuk menyerang beliau.


"Makin lama makin pelik agensi Kerajaan PH. Hari ini, TVAlhijrah pula disalahgunakan untuk propaganda politik dan menyerang saya. Saluran ini adalah sebagai sumber ilmu agama Islam.

Foto: FB Najib Razak
"Patutkah TV Al-Hijrah yang berasaskan agama dan dibiayai oleh wang rakyat digunakan untuk mengeluarkan perkataan-perkataan macam ini seperti yang saya lampirkan? Mungkin sudah lupa juga sayalah yang lancarkan Al-Hijrah," ujarnya lagi.

Rabu lalu TVAlhijrah telah menaikkan hantaran perkongsian sebuah artikel yang diterbitkan dari portal berita TVAlhijrah di facebook rasminya.  Status hantaran perkongsian tersebut yang berbaur sinis telah mengundang kecaman netizen. Status itu kemudian disunting semula beberapa kali, sebelum ianya di padam.

Status itu sebenarnya diambil daripada petikan artikel yang ditulis oleh wartawan TVAlhijrah. Artikel itu mengulas berkenaan Najib Razak yang kini aktif di media sosial sehingga digelar sebagai Raja Troll. Beberapa perkataan yang tidak sesuai di dalam artikel itu menjadi punca kemarahan netizen. - CARI 
5

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 28-1-2019 10:03 AM
Napa ada pulak ni


Kang ada dah
Quote chicozinn 28-1-2019 10:15 AM
hmm..tv alhijrah ni da la makin sendu, org skang tgah #maluapabossku jgan la nak menaikkan kemarahan rakyot..da la ramai pengundi PHanceng da berpaling tadah ke najib..nak jadi cepone 2.0 ke?huhuhuhuhu
Quote jeligoreng 29-1-2019 05:02 PM
I tak sokong Najib tapi i perasan TV Alhijrah ni suka curi catchphrase. Hari tu YDP Agong punya "Sila duduk jangan lari" siap ada program tajuk tu. Annoying tahu tak
Quote mohdcrow 30-1-2019 10:40 AM
Maluapabossku tu maksudnya apa?...dah buat salah tak perlu rasa malu ke?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.029688 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top