Pada musim bunga dan musim sejuk, tasik air masin yang terletak di Barat Laut Osoyoos, British Columbia ini kelihatan sama seperti mana-mana tasik lain.
Tetapi, apabila tibanya musim panas, air tasik ini mula menyejat dan menjadi sebuah kolam besar yang penuh dengan tompokan berwarna warni seperti polka dot! Tasik Bertompok yang diberi nama Spotted Lake ini mempunyai pelbagai jenis mineral seperti magnesium sulfat, kalsium dan natrium sulfat selain perak serta titanium dengan kepekatan yang sangat tinggi. Air tasik itu menyejat sepanjang musim panas menyebabkan berlakunya tompokan hasil daripada mineral yang ditinggalkan bergantung kepada komposisi bahan berkenaan. Hanya mineral di dalam tasik itu yang kekal dalam komposisi keras dan membentuk laluan-laluan tersebut.
Tompokan itu mempunyai warna berbeza seperti kuning, biru dan hijau. Ianya bergantung kepada komposisi mineral yang terdapat di kawasan berkenaan. Cantik bukan? Mengikut penduduk tempatan, mereka menganggap tasik yang dipanggil sebagai Kliluk itu sebagai tempat suci dan setiap tompokan mempunyai fungsi berbeza untuk menyembuhkan penyakit. Pada asalnya, tanah di sekitar tasik itu dimiliki seseorang bernama Ernest Smith. Setelah berjaya memujuk Smith untuk menjual tanah tersebut, akhirnya penduduk berjaya membeli tanah itu pada harga RM3 juta. Semenjak kewujudan tasik itu diketahui umum, ramai pengunjung yang datang untuk melihat sendiri keunikan tasik bertompok berkenaan. Namun, pengunjung tidak dibenarkan untuk berada terlalu dekat dengan tasik. Walaupun pagar dibina untuk melindungi tasik, pengunjung masih dapat melihat tasik ini dari pelbagai lokasi lain dan menikmati pemandangan indah. Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Tuhan!! - CARI |
12
Bagus |
11
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT