CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jual Makanan Anjing, Cara Angelina Jolie Ajar Anak Kerja Kebajikan

28-1-2019 11:43 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4290| Komen: 13|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kerana dilimpahi kemewahan, ramai anak-anak bintang Hollywood tidak mendapat peluang untuk hidup berdikari dalam kepayahan sejak kecil. 

Bagaimanapun, pelakon Angelina Jolie, 43, ada cara lain untuk mengajar anak-anaknya membuat kebajikan.



Kredit foto: People

Bekas isteri Brad Pitt itu dilihat mengajar anaknya menjual makanan anjing di sebuah kawasan tempat letak kereta di Los Angeles beberapa minggu lalu. Hasil daripada jualan tersebut khabarnya didermakan ke sebuah pusat penjagaan haiwan.


Kredit foto: The Mirror

Gambar mereka sedang menanti pelanggan dimuat naik oleh Sarah Ramos, seorang pelakon siri televisyen Parenthood yang terserempak dengan mereka di situ. 

Menceritakan pertemuannya dengan mereka, Sarah Ramos berkata, "Saya sangat beruntung kerana beberapa minggu lalu, saya terserempak dengan Angelina Jolie dan anak-anaknya sedang menjual makanan anjing di tempat letak kereta."



Kredit foto: Instagram

Gambar curi yang dimuat naik Sarah itu menunjukkan seekor anjing sedang mendekati keluarga Angelina Joile yang dikelilingi oleh anaknya. Mereka juga kelihatan melekatkan poster jualan di atas meja.

Menurut Sarah, gambar itu diambil sudah lama dan hanya dimuat naik hari ini untuk menghormati privasi keluarga tersebut. 

"Saya ternampak mereka beberapa kali di situ, tetapi mereka sudah menghentikan aktiviti jualan amal. Jadi, saya rasa kini selamat untuk menunjukkan gambar ini kepada umum. 


Kredit foto: Instagram

"Mungkin ini idea Angelina untuk mengajar anaknya, mungkin juga ini idea anak-anaknya sendiri," kata Sarah lagi. Beliau juga menambah bahawa perbuatannya mengambil gambar mereka disedari anak-anak Angelina Jolie.


Kredit foto: Instagram

Ramai berpendapat menderma wang kebajikan secara terus mungkin lebih baik untuk mereka atas faktor keselamatan. Bagaimana pula dengan anda? Adakah cara Angelina Jolie ini dianggap bijak atau sebaliknya? - CARI

9

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 28-1-2019 01:38 PM
i suka angie..love u lots
Quote Queenmastani 28-1-2019 03:59 PM
Love u sista
Quote giyomi 28-1-2019 06:27 PM
bagusla camne, tp klu kat sini, bila kaya lupa diri lupa tanah, hias diri cam bidadari wlpon kepam, beli beg mahal(oppsss) tersasar. Klu beramal suka menunjuk, riak nak org puji, tu kat sini ek.
Quote Sang_Pencinta 28-1-2019 08:22 PM
giyomi replied at 28-1-2019 06:27 PM
bagusla camne, tp klu kat sini, bila kaya lupa diri lupa tanah, hias diri cam bidadari wlpon kepam,  ...

Amboi sis, tajamnya

Sindir DSV ke??? Hehe
Quote borrow 28-1-2019 11:51 PM
omai sempoi nya. Jual atas meja lipat ja.
Quote apedehal 29-1-2019 08:52 AM
kesian siloh da mcm ank jantan..hrp beso nnt kembali ke fitrah ya nak..
Quote Artemesiaa 29-1-2019 12:37 PM
Bagusnya kecik2 dah ajarnya buat kerja kebajikan
Quote Orix 29-1-2019 01:28 PM
i suka angie
Quote samasam90 29-1-2019 03:29 PM
ne kalau retis mesia, siap2 buat live sesambil dok ngata org upkan diri klaim tak riak.. done komen gaya meleis
Quote mieymiey 29-1-2019 03:45 PM
samasam90 replied at 29-1-2019 03:29 PM
ne kalau retis mesia, siap2 buat live sesambil dok ngata org upkan diri klaim tak riak.. done komen  ...

Iols setuju yach! "Bukan niat nak riak atau menunjuk, tapi untuk memberi contoh pada orang lain" gitchuuuuuuuu
Quote sue_liah 30-1-2019 11:53 AM
i suka angie..lama tol tak npak wajah sheols

sempoi je dia dgn ank2 & ank2 dia mesti hidup simple2 je kan

wpun mak derang  tu kayo
Quote bazarayamy 15-4-2019 02:56 PM
bagusla... beramal dan ajar anak cari duit sendiri
Quote amikie 17-4-2019 01:14 PM
love Angie

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.034750 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top