Seorang bayi baru lahir nyaris maut selepas hampir 20 inci usus kecilnya terburai gara-gara tindakan bodoh ibu bapanya. Memetik Daily Mail, sepasang suami isteri menggunakan pisau pemotong kotak untuk membelah perut anak mereka selepas menyedari ada bonjolan pada perut mangsa.
Kedua-dua pasangan berusia 26 tahun itu kononnya mahu 'mengeluarkan angin' dari perut anak kelima mereka itu. Bayi berusia 41 hari itu dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Ningbo jam 1 tengah hari pada Rabu, lapor China News. Menurut laporan, mangsa dipantau di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas doktor memasukkan kembali ususnya dalam satu pembedahan kecemasan.
Menurut doktor, bayi berkenaan menghidap angin pasang atau umbilical hernia yang sering berlaku kepada bayi terutama yang lahir pramatang. Difahamkan, 40 hingga 50 sentimeter (sm) daripada usus bayi terbabit terkeluar dari perutnya, manakala 25 sm daripadanya berubah menjadi kehitaman akibat terdedah di luar perut selama tiga jam dan berada dalam keadaan terkejut. Sementara itu, Zhejiang News melaporkan bapa mangsa merupakan seorang pekerja kilang, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa di wilayah Zhejiang. "Saya ingat, saya boleh merawat anak saya dengan membuat pembedahan sendiri di rumah. Tetapi, saya tidak menyangka ususnya terburai sebaik perutnya dibelah," kata bapa bayi terbabit. Menurut pakar bedah pediatrik, Dr Zhu Jianming tidak menyangka ada ibu bapa sejahil itu di masa kini. - CARI
|
12
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT