Bila kita membincangkan topik pelancongan, pasti ianya berkait rapat dengan tempat penginapan seperti hotel dan resort, bukan? Tahukah anda, hotel di daerah Hayakawa, Jepun ini telah berusia 1313 tahun dan dinobatkan sebagai hotel TERTUA di dunia oleh Guinness World Record pada 2011!
Hotel ini dikatakan dibina pada tahun 705 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini. Hotel bernama Nishiyama Onsen ini dibina oleh seorang aristokrat Jepun, Fujiwara Mahito yang dipercayai merupakan anak kepada pembantu Kaisar yang berkuasa pada ketika itu.
Uniknya, sistem pemilikan hotel ini tidak pernah berubah. Ia dioperasi dan diuruskan oleh keluarga Fujiwara Mahito selama lebih kurang 52 generasi! Perusahaan hotel ini dikira sukses di Jepun kerana masih bertahan dan menjadi tumpuan pengunjung. Seni bina hotel ini sangat klasik dan menggunakan dominasi elemen kayu yang sangat bergaya, sekali gus menyerlahkan gaya negara matahari terbit itu. Ianya telah diubahsuai hanya beberapa kali sahaja dan kali terakhir pada tahun 1997 untuk memperbaiki struktur yang rapuh kerana usianya. Namun, seni binanya masih tidak berubah dan kekal bentuk asalnya. Hotel yang lebih kepada sebuah resort ini terletak di kaki gunung Akaishi, tidak jauh dari gunung Fuji dan memiliki sumber air panas yang melimpah dari mata air Hakuho. Pengunjung dapat menikmati mandian air panas yang disediakan selain dapat menenangkan fikiran kerana lokasinya jauh dari kebisingan kota. Hotel ini memiliki 35 bilik selepas diubah suai pada 1997 dan pengunjung kebiasaannya datang dari golongan artis, komando askar, para samurai, golongan Kaisar dan ahli politik. Walaupun usianya mencecah 1313 tahun, anda tidak perlu khuatir dengan kemudahan di sana kerana ianya cukup lengkap seperti hotel lain. Dengan cuaca di kaki gunung yang sejuk dan pemandangan indah, pengalaman menginap di hotel ini pasti menarik! Tetapi, harga bilik di hotel ini juga boleh tahan mahal melebihi RM1700 untuk satu malam! |
6
Bagus |
7
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
3
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT