CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tarik Zip Seluar Semasa Diserbu, Pendakwah Berkhalwat Dalam Kereta Dihukum

30-1-2019 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17170| Komen: 125|Original author: Oleh: Myra Rozi

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM2500 kepada seorang pendakwah bebas kerana berkhalwat dengan pelajarnya.

Pendakwah bebas yang popular dengan panggilan Ayah Lie itu dipercayai berkhalwat dengan pelajarnya di dalam kereta di Taman Pulau Warisan.


Sinar Harian melaporkan, Ayah Lie juga berdepan dengan hukuman tiga minggu penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwah berusia 53 tahun dan berstatus duda ini mengaku bersalah berkhalwat dengan pelajarnya berusia 38 tahun di dalam kereta di kawasan parkir Tambakan Taman Pulau Warisan kira-kira jam 11.15 malam pada 28 Oktober tahun lepas.

Gambar Hiasan
Menurut sumber, ketika ditahan, wanita tersebut berada  di kerusi pemandu dan baring di atas peha lelaki tersebut yang ketika itu duduk di tempat penumpang hadapan.


Ketika diserbu, wanita tersebut bangun manakal lelaki menarik zip seluarnya ke atas.

Wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan yang turut mengaku salah atas pertuduhan sama dikenakan denda RM2,000 atau dua minggu penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Pasangan ini mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Azlan Md Noor dihadapan Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof.

Mohd Fakhruddin meluahkan rasa kesalnya dengan perbuatan dilakukan tertuduh kerana dia merupakan seorang ulamak, yang mengajar kitab-kitab turath.

"Sepatutnya kamu lebih tahu tentang halal dan haram serta dosa dan pahala kerana kamu seorang yang disegani masyarakat dan antara tenaga pengajar agama tersohor di tempat kamu.

"Tetapi amat menyedihkan, kamu sanggup mengambil kesempatan ke atas pelajar sendiri yang ingin menuntut ilmu agama difahamkan disediakan secara percuma oleh kamu kononnya ingin menarik minat pemuda-pemudi di tempat kamu untuk belajar agama." -CARI
7

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosseamanda

  • haliamerah

  • kroit92

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 30-1-2019 06:15 AM
Dah namapun ayah lie...penunggang agama
Quote pokaibanktokyo 30-1-2019 06:17 AM
Tunjuk muka la bodoh
Quote FOTHER-MUCKER 30-1-2019 06:19 AM

Muka perempuan ataupun Lelaki tu?
Quote FOTHER-MUCKER 30-1-2019 06:24 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-1-2019 02:40 PM

Gambat dia orang sedang beramas mesra dalam kereta.


Quote batmana 30-1-2019 06:36 AM
Dh de keje.kete bagai.kawin ajelah.tu pn bangang lagi
Quote hird 30-1-2019 06:56 AM
FOTHER-MUCKER replied at 30-1-2019 06:24 AM
Gambat dia orang sedang beramas mesra dalam kereta.

aiikk, dah tak ada hukuman sebat ka? Sila SEBAT!..

Quote Bedah.Cun 30-1-2019 07:26 AM
Tengah nak blowjob ker?
Quote paz 30-1-2019 07:29 AM
Macam-macam mesti tak dapat tahan nafsu kan ni. Tu main bantai di kawasan yang mudah kena tangkap.

Quote dodolgemok 30-1-2019 07:29 AM
Penonggeng ugama semakin cepat dibayar cash. Tggu lobai2 PASampah jah di cash dengan najib.
Quote dodolgemok 30-1-2019 07:31 AM
hird replied at 30-1-2019 06:56 AM
aiikk, dah tak ada hukuman sebat ka? Sila SEBAT!..

Hudud lah. Kena hudud rejam. @dinopower2
Quote dodolgemok 30-1-2019 07:32 AM
Bedah.Cun replied at 30-1-2019 07:26 AM
Tengah nak blowjob ker?

Di sebalik purdah gamaknya? Sendiri memalukan imej ugama,lepastu salahkan cina dapig pula.
Quote BreakingBad 30-1-2019 07:32 AM
OMG........
Quote EvieWanKenobi 30-1-2019 07:44 AM
memalukan agama..
Quote amyza 30-1-2019 07:49 AM
Pendakwah??
Quote hawaq 30-1-2019 07:54 AM
romeng tanpa batasang
Quote insulin 30-1-2019 07:56 AM
Ayooo pakcik. Badan pun dah berbau tanah kubur masih lagi mahu menggeletis dengan anak dara orang.
Quote NAT_11 30-1-2019 08:01 AM
Takpa......yg penting dia MELAYU &  ISLAM
Quote hird 30-1-2019 08:02 AM
dodolgemok replied at 30-1-2019 07:31 AM
Hudud lah. Kena hudud rejam. @dinopower2

tapi terengganu tak buat rejam. kalau ada rejam, silalah rejam ulamak tu.

pasangan lesbo dah kena sebat, so iols dok tunggu pasangan straight lak kena sebab MO sama.

dulu, pasangan yg kena tangkap bersedudukan tak kena sebat kan? yg pompuan tu still underage.
Quote alinone78 30-1-2019 08:04 AM
dema tak kahwin mut'ah ke

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.181577 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top