CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Annabelle Hokkaido', Kisah Patung Berhantu Kekal Misteri Hingga Hari Ini

31-1-2019 11:00 AM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 4535| Komen: 6|Original author: Oleh: The Queen

Setiap ceruk di dunia ini pasti ada kisah misteri setempat yang diceritakan dari satu generasi ke satu generasi. Begitu juga di Jepun, sebuah negara yang dikatakan penuh dengan kejadian aneh dan misteri yang masih tidak dipastikan kesahihannya.


Kisah misteri patung berhantu ala Annabelle ini menjadi salah satu kisah mistik dan misteri bagi penduduk di Hokkaido, Jepun.
Patung yang diberi nama Okiku ini seakan hidup kerana rambutnya dikatakan tumbuh dari masa ke semasa seperti rambut manusia! Dan sehingga kini dikatakan rambutnya sudah mencecah lutut! Seramnya!


kredit foto : freemalaysiatoday.com

Kisah "the haunted doll of Hokkaido" ini bermula pada 1918 apabila seorang remaja lelaki bernama Eikichi Suzuki membeli patung mainan tersebut untuk diberikan kepada adik perempuannya, Kikuko yang ketika itu berusia 3 tahun. 


Kikuko sangat suka pada patung itu dan sentiasa membawanya ke mana-mana dia pergi dan tidur dengannya setiap malam sehinggalah Kikuko meninggal dunia akibat serangan selesema akut. 

Pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan mula melanda keluarga tersebut sehinggalah mereka memutuskan untuk menyimpan patung itu di sebuah kuil kecil.

Mereka mula berdoa pada patung tersebut kerana menganggap patung itu mempunyai semangat Kikuko yang telah meninggalkan mereka.

Rambut anak patung itu tumbuh seperti rambut manusia dan menjadi semakin panjang, namun para sami sentiasa memotongnya dan kini rambutnya berada pada paras lutut. 

Dikatakan, salah seorang sami pernah bermimpi Okiku sendiri yang menyuruh rambutnya dipotong.


kredit foto : freemalaysiatoday.com

Sesetengah sumber mengatakan, pemeriksaan saintifik mendapati rambut patung itu sememangnya rambut manusia sebenar! Dan jika diperhatikan secara dekat, mulut patung itu sedikit terbuka dan mempunyai gigi seperti manusia! Tambah menyeramkan bukan?

Betul atau tidak kisah Okiku ini masih kekal misteri hingga ke hari ini. Pelancong yang berkunjung ke Pulau Hokkaido tidak akan melepaskan peluang untuk melihat sendiri patung di kuil tersebut. Namun, mereka tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. - CARI
8

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklong32 31-1-2019 11:36 AM
aku mmg x suka patung sbb selalu pikir nnt mlm2 dia hidup
Quote mizruncing 31-1-2019 12:20 PM
tak koser la nk simpan patung cm ni. slalu klu patung ckup sifat ni mmg senang nk menjelma. org kate laa
Quote mdhelmi 31-1-2019 01:32 PM
Macam sama je cerita ni
Quote salmon-suki 1-2-2019 12:26 AM
Menakutkn tgk patung ni..tgk byk kali pn tetap scary.....tgk patung lain ok je...
Quote nourie 20-11-2019 02:18 PM
Scarrynye huhuhu
Quote papadomku 20-11-2019 02:44 PM
Huhu.. aku sejenis suka imagine bukan2. So memang takdela aku nak simpan benda alah macam patung kat rumah. Aku takut memalam dia 'hidup' pulak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.037760 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top