Apabila dilihat pada gambar, rupa ulat ini memang menggelikan. Sudah pasti kita takut hendak memegangnya ataupun memakannya. Inilah ulat sagu. Ulat sagu diperoleh di dalam batang pokok sagu yang telah reput atau yang telah ditebang.
Bagi masyarakat di Mukah, Sarawak, ulat sagu ini sangat popular dan ada dijual di Pasar Tamu Mukah dengan harga RM10 sebanyak 30 ekor. Pada penggemar ulat ini, walaupun diletakkan dengan harga yang mahal mereka tetap juga sanggup membeli. Di negeri Sarawak, Mukahlah tempat yang banyak menjual ulat sagu kerana Mukah mempunyai banyak pokok sagu dan antara pengeluar sagu terbesar di Sarawak. Cara memasaknya pula mengikut citarasa masing-masing. Ada yang dipanggang, digoreng dan juga direbus. Rasanya pula agak berlemak.
Ramai yang tidak tahu bahawa ulat sagu mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia mengandungi protein, Asid Amino, Asid Aspartat, Asid Glutamat, Tirosin dan Lisin Methionin. Beberapa khasiat yang ditemukan pada ulat sagu yang perlu diketahui: 1. Mencegah kolestrol 2. Membekalkan tenaga kepada badan supaya tidak cepat letih atau lesu 3. Meningkatkan daya tahan badan atau Imunisasi 4. Menambah selera makan 5. Meningkatkan ghairah seksual Siapa sangka yang ulat sagu yang mengGelikan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi. Akan tetapi, orang Islam dilarang untuk makan ulat ini. Jangan takut atau geli. Marilah kita mencuba resipi yang baru dalam masakan seharian. Amalkan pemakanan yang sihat kerana itu boleh menjamin kesihatan yang sihat juga. - CARI |
9
Bagus |
8
Marah |
9
Terkejut |
4
Sedih |
9
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noor2: Kenapa orang islam dilarang makan ulat ni?
Victorioussss: Sbb dia termasuk dlm kategori ulatDlu iols pn ade teringin nk try sblm tau hukumAde jual kt e mart miri so iols beli sebekas hidup2 sbb xde y dh siap ...
Victorioussss replied at 8-2-2019 06:59 PM
Sbb dia termasuk dlm kategori ulat
Dlu iols pn ade teringin nk try sblm tau hukum
belilies replied at 9-2-2019 07:26 AM
Chuols ni luculah. Tp iols yg non muslim ni lom "pateh" makan ulat ni. Di mukah ada nampak deyols ...
noor2 replied at 9-2-2019 09:57 PM
Oh....tq Vic....atas penjelasan. ...teringin pula nk rasa ulat ni. .hehe..sebab iols biasa dengan ...
Victorioussss replied at 9-2-2019 10:11 PM
Kan..nmpk mcm rasa lemak2 je isik dia tu
Sayangnya dia kategori ulat. Kalu kategori siput mmg d ...
noor2 replied at 9-2-2019 11:36 PM
Ada yg kata boleh di makan la Vic...hehe
Victorioussss replied at 9-2-2019 11:43 PM
Itulah iols refer sini
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/umat-islam-dilarang-makan-ulat- ...
ADVERTISEMENT