Media antarabangsa melaporkan 55 juta orang di Amerika Syarikat kini terancam dengan suhu melampau vorteks kutub di bawah sifar darjah Celcius. Sehingga kini dilaporkan sekurang-kurangnya 12 orang maut di beberapa negeri di negara tersebut. Tiga negeri iaitu Wisconsin, Illinois dan Michigan telah diisytiharkan darurat apabila suhu di ketiga - tiga negeri itu turut terkena tempias suhu sejuk melampau di North Dakota yang mana suhunya kini di bawah -32 darjah Celsius dan juga Minnesota yang angin sejuknya kini di bawah -52 darjah Celcius. Manakala di Chicago, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat meramalkan suhu di negeri tersebut akan mencecah suhu di bawah -33 darjah Celcius dengan suhu angin sejuk dijangka akan mencapai -50 darjah Celcius
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat, angin sejuk di bawah suhu -32 darjah Celcius boleh membekukan kulit dalam masa 15 minit. Kesejukan yang melampau ini juga telah menyebabkan pihak berkuasa di negeri Georgia selatan menutup pejabat kerajaan, sekolah dan lapangan terbang. Walaupun begitu, berdasarkan artikel yang diterbitkan AP Fact Checks melaporkan bahawa suhu sejuk di Amerika ini bukan mencerminkan suhu semasa dunia kerana walaupun Amerika berada dalam suhu sejuk melampau, namun hakikatnya suhu bumi sudah jauh lebih panas berbanding 30 tahun yang lalu dan sangat berbeza pada 100 tahun yang lalu. Menurut artikel itu lagi, lima negeri di Amerika barat mengalami suhu sebaliknya dengan mencatatkan peningkatan suhu panas. Faktanya, keadaan suhu sejuk 48 negeri di Amerika ini hanyalah terdiri daripada 1.6 peratus daripada dunia. Artikel itu juga turut memetik data daripada Climate Reanalyzer University of Maine dan NASA yang melaporkan bahawa suhu bumi secara keseluruhannya adalah 0.3 darjah Celcius lebih panas berbanding purata suhu bumi pada tahun 1979 hingga 2000. Sementara itu, media tempatan yang memetik daripada sumber Bernama melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesahkan kesemua pelajar Malaysia di Amerika Syarikat selamat kerana kebanyakan pelajar Malaysia berada di wilayah Midwest yang tidak terkena tempias cuaca sejuk melampau vorteks kutub. Dalam kenyataan rasmi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, Education Malaysia Chicago akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan menasihatkan para pelajar supaya sentiasa berada di kawasan selamat dan tertutup sepanjang tempoh cuaca sejuk melampau itu. - CARI
|
6
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ChildrenOfBodom: 2-3 tahun lepas dekat malaysia cuaca sejuk jugak, suhu turun ke 20-22 celcius time pagi, ramai jakun2 posed pakai jaket persis mengalami cuaca sejuk e ...
yayah8989 replied at 13-3-2019 10:16 PM
Betul ke ade sesetengah negeri turun salji{:laugh
ADVERTISEMENT