Hael Husaini berjaya mengulangi kejayaan Jampi tahun lepas apabila karyanya bersama Ezra Kong Haram dinobatkan sebagai Juara Lagu untuk Anugerah Juara Lagu edisi ke 33 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil. Kali ini, Hael bergandingan dengan Dayang Nurfaizah yang juga merupakan pemenang AJL31. Kemenangan ini melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan juga trofi.
Lagu Bunga dendangan Ara Johari pula berjaya mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi manakala tempat ketiga dimenangi lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi. Selain memenangi tempat ketiga, Misha turut berjaya meraih kemenangan berganda apabila memenangi trofi Vokal Terbaik manakala Sufian Suhaimi dipilih untuk memenangi Persembahan Terbaik melalui persembahan lagu Di Matamu. Bagi dua kategori ini, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. Lagu lain yang turut bersaing di pentas AJL 33 kali ini adalah Luluh dendangan Khai Bahar, Bunga dendangan Altimet, Tak Pernah Hilang dendangan Amylea dan Kaer, Kau Pun sama dendangan Syamel, Semakin dendangan Siti Sarah, Bangun dendangan Haqiem Rusli, Nisan Cinta dendangan Siti Nordiana dan Jaclyn Victor dan Hajat dendangan Hael. Komposer dan penyanyi Azmeer telah bertindak sebagai ketua juri bersama dengan 10 juri yang lain iaitu Manan Ngah, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Lok U, LY, Ajai, AG Coco, Helen Yap dan Adi Priyo. Menurut Azmeer seperti dipetik daripada Harian Metro, lagu Haram dipilih sebagai juara kerana pembaharuan dan muziknya yang lebih berevolusi. Katanya, pihak juri bersepakat mahukan sesuatu yang baru dan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mempunyai 'loop' besar dan notasi muzik yang ada tingkah moden serta bunyi dan melodinya juga sedap didengar dan ia dipersetujui majoriti juri. “Sebagai ketua juri, saya harus akur untuk bekerjasama dengan juri lain kerana mereka juga ada ilmu serta kelebihan masing-masing,” ujar Azmeer. Azmeer juga menerangkan lagu yang tidak berjaya berpunca daripada pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan vokal penyanyi. “Contohnya, lagu sudah bagus tapi vokal penyanyi pula 'penyet' yang menenggelamkan lagu itu. Ini bukan pertandingan nyanyian, tapi Anugerah Juara Lagu dan majoriti markah pada malam ini adalah prapenjurian. “Kalau ada penyanyi yang buat silap pada vokal, juri akan potong markah vokal, bukan pada markah muzik atau melodi," jelasnya lagi. Tahniah kepada semua pemenang! - CARI
|
13
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
terpaku replied at 23-11-2018 11:57 PM
Bila AJL yach
terpaku replied at 23-11-2018 11:57 PM
Bila AJL yach
qqOfficial replied at 24-11-2018 12:08 AM
Apakahh chuols ara jo yg sebenar......motepp ara jo mengabadikan single baru heshe dgn nickname ch ...
debab76 replied at 24-11-2018 12:07 AM
meols nak teka :
JUARA LAGU : Kaer & Amylea - Tak Pernah Menyerah
af_mania replied at 24-11-2018 12:16 AM
Eh hello? Tak pernah menyerah nyanyian Dayang dh berjaya memenangi vokal terbaik ajl30 yachh.
debab76 replied at 24-11-2018 12:07 AM
meols nak teka :
JUARA LAGU : Kaer & Amylea - Tak Pernah Menyerah
terpaku replied at 24-11-2018 12:15 AM
Meols pn terharu dan terpaku yach apabila arapeng mengabadikan nama meols. Mohon juara ajl34
ADVERTISEMENT