CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sekolah Guna Imbasan Cap Jari Rekod Kehadiran, Perlu Atau Pembaziran?

22-2-2019 11:27 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 3732| Komen: 15|Original author: Oleh: top5complete

Perubahan teknologi adalah suatu perkara yang baik untuk manusia sejagat. Penulis masih ingat lagi ketika sekolah, cikgu akan menyebut nama pelajar satu persatu untuk merekodkan kehadiran. Tapi, itu cerita lama tahun 1990.


Dan sekarang, guru-guru di sekolah tidak perlu lagi bersusah-payah untuk merekodkan kehadiran pelajar secara manual.



Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara di Johor menggunakan sistem biometrik sebagai rekod kehadiran pada setiap hari dan lebih menarik lagi, ibu bapa pelajar boleh menerima laporan terus tentang kehadiran anak mereka di sekolah melalui telefon pintar.



Namun, ibu dan bapa pelajar terpaksa membayar kos sebanyak RM15 bagi menampung kos sistem operasi.




Soalnya adakah ini suatu keperluan? Mungkin segelintir ibu bapa merasakan ia suatu pembaziran dan tidak perlu diterapkan dalam sekolah kerana ia menghilangkan suasana pembelajaran yang sebenar dalam kelas. Apa pendapat anda? - CARI


Loading FB Post...
7

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 22-2-2019 11:54 AM
Ok apa kann..hihi
Quote buragazz 22-2-2019 11:54 AM
Boleh jer.. tapi yang patut diconcernkan maintenance tu nanti.. biasa nya teknologi atau sesuatu pembaharuan yang di handle kerajaan memang problem bab2 maintenance
Quote allysumc 22-2-2019 12:08 PM
Xpelu kot.. Klu kt uni blh la.. Ke uni dh start guna sistem mcm ni? Maklom la ioll dh lama meninggalkn zmn uni {:smile
Quote RatuDunia94 22-2-2019 12:12 PM
allysumc: Xpelu kot.. Klu kt uni blh la.. Ke uni dh start guna sistem mcm ni? Maklom la ioll dh lama meninggalkn zmn uni {:smile


Kat Uni zaman iols dulu kehadiran kena tulis nama je.. kalau dtg lambat atau ponteng just kawtim je dgn member suruh tulis kan..

Tp ada sesetengah lecturer dia sebut nama sorang2... payah la..
Quote dua_chzy 22-2-2019 12:47 PM
Apa yang membazirnya? Asal boleh kutok je kan kome?
Quote buapakperut 22-2-2019 01:25 PM
membazir. kalau dah budak nak ponteng, ponteng juga. kecuali anak sohai tak penah ponteng
Quote buapakperut 22-2-2019 01:26 PM
yang kat tempat keja pun selalu rosak, kita datang keja tapi dalam sistem tak datang.
Quote ninjago 22-2-2019 01:38 PM
kadar budak ponteng sekolah tinggi ke zaman skrg nie?
Quote armin 22-2-2019 04:22 PM
mahalnya. Bukan mesin ni murah je ke? Kalau 30 murid 1 kelas x rm15 dah rm450.
Utk build app?
Quote Melorqe 22-2-2019 04:26 PM
kalau budak satu seisi sampai 1200org aku rasa dari pagi sampai habis waktu la beratur nak cap jari.
atau tiap kelas ada mesin imbas ni?
Quote Kejora927 24-2-2019 02:52 PM
Mau 2 jam abih kat situ
Quote glump 24-2-2019 05:11 PM
Pi sekolah wajib, belanja sekolah kerajaan tanggung.. Tapi belanja sampingan ke sekolah buat mak pak berpoket rabak... Tukar rumah sukan, warna tshirt berubah kena beli, tukar sekolah buku tulis lain kena ada lambang sekolah, baju koko, buku latihan cikgu suruh, alas meja, langsir sedondon etc. Sapa nak jawab, alasan nya ialah untuk ank kita juga. Alahai dah jadi macam kahwin.. Yg wajib nikah tp nk nikah kena kursus kahwin, hantaran, pelamin, photo shoot pre wedding, after, baju bridesmaid etc gitu lah yg mkn belanja. Yang kenyang peniaga. Yg nagis mak pak.
Quote Juju89 4-3-2019 04:26 PM
bergantung jika ada budget kenapa tidak tapi jangan sampai jem pagi-pagi depan kelas sebab ni dah lah.
Quote bazarayamy 4-4-2019 12:03 PM
kalau sampai membebankan ibubapa x perlu la kot... tp sebenarnyer ok jugak, murid sampai je sekolah trus scan kehadiran... x payah ambil masa cikgu.. ni nak ambik kedatangan sorang-sorang pun dah dekat 10 minit.
Quote adik_aza 4-4-2019 12:55 PM
buapakperut replied at 22-2-2019 01:26 PM
yang kat tempat keja pun selalu rosak, kita datang keja tapi dalam sistem tak datang.

betul.. kat opis ni pun sama . dahlah lambat baca cap jari . last last fedup touch kad kat pintu je

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039147 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top