Di Amerika Syarikat (AS), masalah buli di peringkat sekolah semakin menjadi-jadi. Ia bagaikan budaya yang sudah sebati dengan masyarakat di sana. Sesiapa yang dibuli, akan dipulau bukan sahaja oleh segelintir tetapi hampir kesemua pelajar.
Joshua Trump, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dibuli teruk selama berbulan-bulan di sekolahnya hanya kerana dia mempunyai nama keluarga yang sama dengan Presiden AS, Donald Trump. Akibatnya, Joshua terpaksa menangguhkan persekolahannya dan hanya belajar di rumah. Joshua memberitahu ibunya, dia sudah hilang harapan untuk hidup. Namun, selepas setahun belajar di rumah, ibu bapanya kembali menghantar Joshua ke sekolah dengan harapan masalah buli itu tidak akan berulang kembali, tetapi jangkaan mereka meleset.
Joshua sering diejek rakan-rakannya yang sering bertanya jika Joshua mempunyai pertalian darah dengan Donald Trump. Mereka sudah cuba mencari bas sekolah yang baru untuk Joshua ke sekolah bagi mengelakkan bertembung dengan pembuli, tetapi pemandu bas pula menanyakan nama Joshua pada trip pertama. Menurut ibunya, Joshua mengakui dia sangat bencikan diri serta namanya. Sepanjang masa, dia bersedih memikirkan nasib yang menimpanya. Ini amat merunsingkan mereka sebagai ibu bapa. Sementara itu, pihak sekolah Joshua mengarahkan guru kelasnya supaya tidak lagi menggunakan nama Trump sebagai nama keluarganya, sebaliknya menggunakan nama tengah ayahnya iaitu Berto. Lima pelajar yang membuli Joshua turut dikenakan tindakan disiplin. Kisah Joshua ini mendapat perhatian dari Melania Trump, Wanita Pertama AS. Justeru, Joshua dijemput olehnya untuk menyertai perhimpunan Kongres Tahunan Donald Trump. Joshua pernah dikurniakan pingat keberanian anti-buli kebangsaan akhir tahun lepas menyebabkan pihak White House dapat menghubungi Joshua dan menjemputnya ke majlis tersebut. Apakah nasib Joshua selepas ini? Adakah kes buli ini masih akan berterusan? - CARI
|
15
Bagus |
8
Marah |
14
Terkejut |
16
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
orgsepang replied at 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?
orgsepang replied at 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?
orgsepang replied at 6-2-2019 10:17 AM
Hati tisu ke dek. Lelaki kot. Akak kecik2 pun selalu kena buli sebab nama, ada akak kesah?
ADVERTISEMENT