Baru-baru ini, tular sebuah video pasangan suami isteri pelancong menghayun dan melambung bayi mereka yang berusia 4 bulan dalam sebuah pertunjukan jalanan demi mengutip wang bagi membiayai kos pengembaraan mereka.
Berikutan itu, mereka ditahan di lokasi seperti yang diuar-uarkan iaitu di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Namun begitu, setelah siasatan perubatan dilakukan, bayi mereka didapati tidak mempunyai apa-apa kecederaan, ekoran itu pasangan yang berasal dari Rusia itu dibebaskan dengan ikat jamin dan tidak dibenarkan beraksi sehingga mereka bergerak ke destinasi seterusnya.
Menurut pelancong lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Mikhail itu, perbuatannya itu bukanlah bertujuan mencederakan bayi mereka, malah ia adalah sejenis senaman akrobatik untuk bayinya. Berdasarkan laporan CNN, pasangan yang baru sahaja tiba dari Thailand itu mungkin mendapat inspirasi daripada senaman yoga yang menggunakan kaedah hayunan buaian untuk bayi yang menjadi amalan di Rusia meskipun ia mencetuskan kontroversi. Walau bagaimanapun, kedutaan Rusia di Kuala Lumpur turut mengkritik perbuatan pasangan tersebut. Sememangnya aksi pasangan pelancong ini memang berbahaya untuk seorang bayi. Mujurlah rakyat Malaysia ramai yang prihatin sehingga tularnya video perbuatan mereka dan mendapat perhatian pihak berkuasa. - CARI |
8
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe: halau je la terus dari malaysia pastu ban terus..boleh pulak lepas gitu je..
ADVERTISEMENT