Jurucakap Jennifer Lawrence mengesahkan pertunangan aktres itu dengan ahli perniagaan dan pemilik galleri, Cooke Marone pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, khabar itu tidak diterima baik oleh peminat beliau. Ratusan peminat terutamanya golongan lelaki patah hati apabila pasangan yang baru berkenalan selama lapan bulan itu mengikat tali pertunangan. Mereka mula dilihat bersama sejak Jun tahun lalu dalam sebuat majlis. Beberapa bulan kemudiannya, mereka berdua dilihat berpegangan tangan dalam satu percutian di paris dan Rome. Anehnya, sehingga pengumuman pertunangan mereka, Jennifer tidak pernah mengesahkan atau bercerita secara terbuka tentang kekasihnya berbanding beberapa hubungannya sebelum ini.
Majalah tabloid Page Six mula-mula menghidu pertunangan mereka apabila melihat sebentuk cincin pada jari Jennifer Lawrence. Susulan itu, jurucakap kepada Jennifer akhirnya mengesahkan perkara tersebut kepada majalah People. Sebelum bercinta dengan Cooke Maron, Jennifer pernah dikaitkan dengan pelakon Nicholas Hoult dan pengarah filem Darren Aronofsky. Pengesahan pertunangan mereka bagaimanapun tidak disambut baik oleh peminat Jennifer terutamanya golongan lelaki yang menaruh harapan terhadap pelakon itu. Ramai di antara mereka meluahkan rasa kecewa secara terbuka di laman sosial. Walau bagaimanapun, ada juga peminat yang menerimanya dan mengucapkan selamat berbahagia kepada pasangan tersebut. Tahniah kepada Jennifer Lawrence dan diharap peminat lelaki beliau tidak terus meroyan dengan berita ini. - CARI
|
4
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 16-2-2019 08:54 PM
Ala dia tak kawin dgn jantan ni pun bukannya peminat2 lelaki dapat kat dia
ADVERTISEMENT