Seorang wanita maut digilis keretanya selepas cuba menahan Kia Spectra itu daripada menggelongsor. Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di Solok Air Manggis, Kampung Rembia, Alor Gajah, jam 1.45 tengah hari, semalam.
Mangsa, Nurfizah Mohd Taufek, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Asisten Superintendan K Mahadevan mengesahkan kejadian berkata, sebelum kejadian, kereta dipandu mangsa itu berhenti di bahu jalan yang berbukit. Difahamkan, kereta itu tiba-tiba bergerak menyebabkan mangsa cuba menahan kereta dari arah belakang daripada terus mengundur. Malangnya, mangsa terjatuh sebelum terperosok di bawah kereta itu.
K Mahadevan meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Kanan Bomba (PBK) II, Asnizam Kamberon, berkata pihaknya mengerahkan sembilan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1.52 tengah hari. Katanya, anggota menggunakan alatan khas bagi membantu mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat. - CARI
|
3
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zulka replied at 7-2-2019 10:43 AM
allahu...berat kot kete tu yg pegi tahan kenapa
Artemesiaa replied at 7-2-2019 11:56 AM
Takziah buat keluarga beliau. Sebab bila dalam situasi sebegitu tak perlu gigih nak buat aksi dalam ...
ADVERTISEMENT