Bermula dengan kontroversi yang melibatkan foto panas Emma Maembong tidak memakai hijab tular di media sosial, dia akhirnya terpaksa mengaku bahawa dirinya sudah mengambil keputusan untuk membuka hijab sepenuhnya ketika berada di tempat awam. Setelah 5 tahun Emma mengenakan hijab dan ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana pada awal penghijrahannya dahulu, dia turut menerima kritikan tentang cara dia bertudung. Tetapi, ketika itu hatinya kuat untuk terus memakai hijab dengan memperbaiki corak pemakaian agar nampak lebih trendy dan menarik.
Dalam tempoh dia berhijab, sudah pasti terlalu banyak koleksi tudung yang dimilikinya daripada pelbagai jenis jenama, material, corak dan warna. Oleh kerana Emma tidak lagi mengenakan hijab, ada netizen yang begitu berminat dengan koleksi tudung Emma dan meminta agar memberikan kesemua tudung-tudung yang tidak mahu dipakai itu kepadanya. Lagi pun netizen perasan yang koleksi tudung Emma kesemuanya cantik! Rupanya ramai lagi netizen yang berminat dengan tudung-tudung terpakai milik Emma. Iyalah, daripada sekadar menyimpan atau tudung-tudung itu terbiar begitu sahaja, ada baiknya ia disedekahkan kepada netizen yang berhijab. Dapat juga pahala kan? Atau Emma ingin menjual tudung-tudung miliknya sebagai barang 'prelove' memandangkan ramai yang berminat. Agaknya, adakah Emma sedia memberikan koleksi tudungnya kepada netizen atau tidak? Manalah tahu, tiba-tiba Emma mengubah keputusannya untuk berhijab semula dalam masa terdekat dan terus istiqamah. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Emma. - CARI |
9
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 8-2-2019 03:00 PM
Ai netizen dalam pada mengecam hadap juge barang free.. {:smile
ADVERTISEMENT