Seorang bayi yang baru berusia empat bulan maut selepas dibiarkan memakai lampin yang berulang, kerana tidak ditukar selama dua minggu. Mangsa, Sterling Koehn ditemui mati dalam keadaan mulutnya berdarah dalam buai di pangsapuri yang didiami ibunya Cheyanne Harris pada 30 Ogos 2017.
Metro UK melaporkan, Sterling meninggal dunia akibat dehidrasi, kekurangan zat makanan dan jangkitan E Coli selepas najis pada lampin pakai buangnya mula mereput. Ketika ditemui, berat bayi itu hanya kurang tiga kilogram dan selimutnya dibasahi air kencing. Menurut sumber lagi, ulat dibiarkan merayap di bawah pakaiannya ketika dia masih hidup.
Mangsa juga dibiarkan sendirian dalam bilik yang lembap sepanjang tempoh dua minggu. Peguam Harris, Nichole Watt menyifatkan kematian Sterling sebagai satu kemalangan. Dia memberitahu juri bahawa Harris mengalami kemurungan dan mengambil dadah untuk menangani masalah itu. Bapa Sterling, Zachary Koehn, 29, turut dijatuhi hukuman sama seperti Harris dan dia telah menjalani hukuman penjara seumur hidup sejak November lepas. -CARI |
8
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
12
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dua_chzy replied at 8-2-2019 06:40 PM
Elok la mati jah. Boleh masuk sorga.
buapakperut replied at 8-2-2019 07:24 PM
kenapa kau beranak soalnya kalau biar anak dimamah ulat?
ADVERTISEMENT