Sempena Tahun Baru Cina ini, menjadi tradisi kaum Cina untuk memberikan sampul merah berisi wang tunai atau angpau kepada anak-anak dan sanak saudara terdekat mereka.
Amalan ini kemudiannya berkembang dan pemberian angpau bukan lagi terhad kepada saudara mara tetapi juga kepada pekerja dan rakan perniagaan termasuklah yang bukan berketurunan Cina. Bagaimanapun, masih ada golongan yang tertanya-tanya apakah dibolehkan menerima angpau bagi perayaan Tahun Baru Cina, apa lagi bagi perniagaan yang dikatakan haram? Baru-baru ini seorang peniaga mencetuskan perbahasan hangat apabila memuat naik sekeping gambar menunjukkan angpau yang baru diterimanya. Menurut tulisan dalam gambar itu, dia menerima angpau daripada seorang peniaga daging babi dan berniat untuk memberikan wang itu kepada rakannya yang bukan muslim. Sebilangan netizen berpendapat ianya adalah rezeki yang boleh diterima kerana datang dengan cara yang baik bukannya dicuri atau kegiatan jenayah. Ada yang menyatakan duit itu adalah antara peniaga tersebut dengan tauke daging babi. Tambah panas, seorang netizen berkata tidak sepatutnya perkara tersebut dipersoalkan kerana tauke itu memberi dengan ikhlas. 'Seperti menerima darah di hospital, kita tidak mempersoalkan sama ada darah itu milik Cina atau kaum lain,' tambahnya. Menyedari keresahan peniaga tersebut, ada yang berseloroh menawarkan diri untuk 'menerima bagi pihak' sekiranya peniaga itu benar-benar ragu akan angpau tersebut. Kes ini jauh berbeza dengan status menggelikan hati yang dimuatkan oleh pendakwah Firdaus Wong Wai Hung di Facebooknya yang dengan senang hati menerima angpau dalam sarung babi daripada kakaknya. Nampaknya isu ini masih lagi menghantui sesetengah orang bukan Cina yang menerima angpau daripada rakan Cina mereka. Apa kata anda? Pernahkah anda menerima angpau dari rakan-rakan Cina? -CARI
|
9
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT