Pada jam 7.23 pagi akhirnya mayat Abdul Bari Asyraf Mohd ditemui terapung di sungai Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Menurut sumber daripada seorang rakan mangsa, beliau sedang memancing bersama di tepi sungai sebelum melihat sebuah kereta Mitsubisi Triton yang diparkir tiba-tiba menjunam ke dalam sungai. Tanpa berfikir panjang, mangsa dan beberapa orang lagi terjun untuk menyelamatkan lima penumpang yang berada di dalam kenderaan tersebut. Namun, mangsa terkorban dalam perjuangan melawan arus deras.
Salah seorang penumpang kenderaan terbabit menangis dan terhutang budi kepada arwah mangsa. Mereka dimasukkan ke wad selepas kejadian dan hanya mengetahui mengenai kematian arwah selepas dimaklumkan oleh jururawat hospital. Sementara itu, ibu kepada Abdul Bari bersyukur anaknya ditemukan dan reda dengan pemergiannya. - CARI |
RatuDunia94 replied at 10-2-2019 04:26 PM
Cane triton tu bleh masuk sungai?
rosevelvet: Driver tu start kete ingtkan gear D rupanya R
axl_bach replied at 10-2-2019 09:45 PM
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
Terkorban melawan arus deras?? dlm video tu x nmpk arus deras p ...
ADVERTISEMENT