CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesempitan Hidup! 47 Rakyat Malaysia Ditipu Oleh Sindiket Perdagangan Manusia Di Kemboja

16-2-2019 11:12 AM| Diterbitkan: Shellyshel| Dilihat: 3208| Komen: 16|Original author: Oleh: Black Rose

Pada masa kini, banyak kes penipuan yang berlaku di negara kita. Kebanyakannya melibatkan golongan yang kesempitan hidup yang menginginkan kehidupan yang lebih baik. Ada juga yang ditipu melibatkan golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan juga orang yang bijak pandai.


Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi?


Kesempitan hidup dan menginginkan kehidupan yang lebih baik. Itu selalunya sebab utama. Tetapi bagaimana pula orang yang memang sudah mempunyai kehidupan yang baik pula ditipu? Itu kerana kalah dengan pujuk rayu dan janji manis yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Siapa yang tak nak bukan?


Kejadian yang baru-baru iaitu penahanan 47 orang rakyat Malaysia di Kemboja telah mengejutkan ramai pihak.


Foto:Thesundaily


Menurut sumber, 44 orang daripada mereka yang ditahan berasal daripada Sarawak Dalam lingkungan umur 18 hingga 20 tahun. Kebanyakan mereka adalah gadis-gadis muda daripada keluarga yang tidak berkemampuan.


Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien berkata, mereka ditipu oleh sebuah sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Setibanya mereka di Kemboja, mereka ditempatkan di sebuah rumah persendirian sementara menunggu pekerjaan yang dijanjikan.



Namun, beberapa minggu mereka di sana tanpa ditawarkan sebarang pekerjaan malah mereka kemudiannya ditahan pada 11 Disember atas pertuduhan menjalankan perjudian dalam talian.


Menurut para pegawai di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh, 47 mangsa penipuan itu ditahan tanpa memberitahu pihak mereka dan mangsa tidak dibicarakan. Kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan mengatakan mereka ditipu oleh sindiket tersebut dengan menawarkan pekerjaan kepada mereka apabila mereka tiba di Kemboja.


Ahli keluarga mangsa berharap kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin dan membawa ke semua mangsa pulang ke Tanah air.


Diharap berita ini tidak diperbesarkan demi menjaga nama ahli keluarga dan kerajaan Malaysia.


Bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang, kita hendaklah berjaga-jaga apabila hendak memohon sebarang pekerjaan. Pastikan pekerjaan yang dipohon itu sahih dan tepat.


Lebih baik memohon pekerjaan di negara sendiri. Ia lebih selamat dan tidak memerlukan kos yang banyak. Di negara kita masih banyak peluang pekerjaan yang diperlukan hanya keringat sahaja yang perlu dikerah. Jangan dicari pekerjaan yang mempunyai gaji yang tinggi. Pekerjaan yang mempunyai gaji yang tinggi cuma ada dua sahaja. Pekerjaan yang berat mempunyai risiko yang tinggi dan pekerjaan yang sedikit ringan memerlukan pendidikan yang tinggi.


Jadi, fikirkanlah. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. -CARI

7

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 16-2-2019 11:56 AM
Beribear: Kesiannya, harap kerajaan kita dpt selesaikan masalah ni dgn baik. Peringatan utk mereka yg lain.. Jgn mudah percaya apa2 kesenangan yg di tawar sebel ...

dah lepas dr penjara pun noks..lambat reporter
Quote nusaraya 16-2-2019 12:09 PM
Wooow.. betol-betol mengejutkan...umat suci mulia cerdik pandai ditipu oleh umat pprt Kamboja....
Quote Malaysia.Doom 16-2-2019 12:15 PM
@dodolgemok punya negeri

Aku kdg2 mengutuk tu bersebab.
Quote slyfynx 16-2-2019 12:22 PM
Edited by slyfynx at 16-2-2019 01:36 PM

Chop, sblm orang tanya nak bg tau dulu,
PEMERDAGANGAN manusia dan PERDAGANGAN manusia dua2 betul.
Quote mziskandar 16-2-2019 12:40 PM
slyfynx replied at 16-2-2019 12:22 PM
Chop, sblm orang tanya nak bg tau dulu,
PEMERDAGANGAN manusia dan PEDAGANGAN manusia dua2 betul.

Pedagangan ke perdagangan?
Quote lonso 16-2-2019 01:35 PM
rakyat susah skrg.. org atasan asik berbalah
Quote slyfynx 16-2-2019 01:36 PM
mziskandar replied at 16-2-2019 12:40 PM
Pedagangan ke perdagangan?

Hihihi, silap eja.. Jap edit
Quote Jorja 16-2-2019 04:10 PM
Apa ajala kerja yg Ada di kemboja tu
Quote mziskandar 16-2-2019 04:15 PM
slyfynx replied at 16-2-2019 12:22 PM
Chop, sblm orang tanya nak bg tau dulu,
PEMERDAGANGAN manusia dan PERDAGANGAN manusia dua2 betul.

Mcm x betul je..
Beza antara pemerhatian dan perhatian.
Kementerian Pemerdagangan Dalam Negeri.. x kena.
pemer.. dilakukan ke atas sesuatu yg mula dgn root pe.. eg pemerkosaan, pemetaan, pemekatan
Ke camne?
Quote gigahertz 17-2-2019 07:12 AM
Jorja: Apa ajala kerja yg Ada di kemboja tu

matawang kemboja lagi rendah berbanding ringgit malaysia. aku kesian dengan org sabah sarawak ni
Quote gigahertz 17-2-2019 07:14 AM
lonso: rakyat susah skrg.. org atasan asik berbalah

betul ke kalau nak amik budak sarawak sabah dari sana kena pakai passport?
Quote slyfynx 17-2-2019 09:42 AM
mziskandar replied at 16-2-2019 04:15 PM
Mcm x betul je..
Beza antara pemerhatian dan perhatian.
Kementerian Pemerdagangan Dalam Negeri.. ...

Sbb mule2 nk tegur jgk tajuk. Tapi bile baca kat DBP, dua2 betul lak.

Pemerdagangan ialah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan Commercialization. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan Trade yang bermaksud  perihal berdagang, urusan berniaga, atau perniagaan. Walau bagaimanapun frasa pemerdagangan manusia atau perdagangan manusia, kedua-duanya adalah betul.
tgk sini
Quote ultra78 17-2-2019 09:50 AM
Parah dah ni. Rakyat Malaysia jadi pendatang cari kerja di kemboja.
Quote Decaffeinated 17-2-2019 01:07 PM
helicornia replied at 16-2-2019 11:56 AM
dah lepas dr penjara pun noks..lambat reporter

reporter CARI kan lembab...

lepas tu ada hati nak bukak thread...


Quote Decaffeinated 17-2-2019 01:08 PM
mziskandar replied at 16-2-2019 12:40 PM
Pedagangan ke perdagangan?

Pedagangan tu apa pulak?


Quote runiadreamer 18-2-2019 11:30 AM
faktor kemiskinan akan desak sesiapa sahaja utk buat keputusan mcmni siann diorang haih..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051933 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top