Setiap orang ada masa mereka mengalami tekanan perasaan, namun semuanya bergantung kepada cara masing-masing mengatasinya. Jika dibiarkan, dikhuatiri boleh membawa kepada kemurungan.
Terbaru, sebuah perkongsian di Twitter mengejutkan orang ramai kerana seorang remaja perempuan yang mengaji di sebuah pusat tahfiz mendedahkan dia mengalami tekanan perasaan berat hingga menoreh tangan sendiri. Berdasarkan pengakuan di laman Curious Cat, sebuah platform yang dimiliki Tweetfamous @brgsjks, individu berusia 17 tahun itu mendakwa melakukannya kerana kecewa selepas gagal memenuhi harapan Ustazah kesayangannya untuk menghafaz Al-Quran dan kitab.
Kegagalannya itu menyebabkan Ustazah berkenaan tidak mengendahkannya lagi menyebabkan gadis itu terlalu sedih dan kemurungan hingga menoreh tangan sendiri. Bagaimanapun, apabila perkara itu diadukan kepada ibu bapanya, dia dikatakan tidak rapat dengan Tuhan hingga disampuk jin. Penderitaannya tidak tamat di situ sahaja, keadaan semakin teruk apabila seorang Ustazah baru merangkap warden mula bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Menurutnya, warden terbabit sering mendera emosi dan fizikalnya. Malah, Ustazah baru berkenaan tergamak menuduh pelajarnya itu seorang lesbian! Sadisnya, apabila disoal warden itu mengakui sengaja melakukannya tanpa sebab kerana tidak menyukai gadis berkenaan. Perkongsian itu menyentuh hati ramai netizen yang menasihatinya untuk mendapatkan bantuan selain memberi kata-kata pendorong dan semangat. Dalam masa sama, ada yang menyalahkan Ustazahnya kerana meletakkan harapan terlalu tinggi untuk digalas gadis itu. Malah, ramai juga berasa marah dengan warden baru berkenaan yang membenci orang lain tanpa sebab. Semoga gadis itu mendapatkan bantuan dan rawatan segera. Jika ada masalah, carilah sesiapa yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan. Jangan dipendam sampai memudaratkan diri dan orang sekeliling. - CARI
|
10
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
giyomi replied at 11-2-2019 07:43 PM
well, aku tak paham nep, why are yo so obsessed with an ustajah, sedih sebab dia tk nak menegur, klu ...
haryatie: tmpt belajar apa kalau mcam tu sekaliparents pun spesis peliknyax nak kisah psal ank ok ke takbuat ank ambil kisah sgttt
ADVERTISEMENT