CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ziarah Kubur Beri Ketenangan Tersendiri Buat Pesakit Kanser Cilik Ini

12-2-2019 11:21 AM| Diterbitkan: eimila| Dilihat: 3844| Komen: 9|Original author: Oleh: Eimila

(Sumber: www.muftiwp.gov.my)

Kubur mungkin bukan tempat yang biasa dikunjungi untuk mencari ketenangan. Bahkan, ia turut mengundang kesedihan dan kerinduan tidak bertepi kepada pengunjungnya. 

Tapi, bagi seorang kanak-kanak yang kini tabah berjuang melawan kanser, kubur adalah tempat yang memberi ketenangan dan membuatnya lebih bersedia untuk menghadapi kematian pada usia muda.

Dalam satu hantaran umum oleh pengasas bersama Red Bubbles atau Persatuan Penghibur Kanak-Kanak Buih Merah KL & Selangor iaitu Dr Bubbles atau nama sebenarnya Iskandar Syah Ismail, beliau berkongsi kisah mengenai kanak-kanak bernama Aqib. 


(Sumber: Facebook Iskandar Syah Ismail)

Meskipun masih muda, ternyata ketenangan dan persediaan Aqib menyembunyikan sengsara yang ditanggungnya akibat kanser. Berhadapan dengan kematian rakan-rakan lain mungkin antara faktor menyebabkan Aqib tidak berasa asing dengan dunia kematian yang bakal kita semua tempuhi. 

Dia juga turut menitipkan pesan kepada ibu bapanya agar "...selalulah datang rumah adik ya. Bersihkan rumah adik. sedekahkan adik Al-Fatihah macam ibu ayah buat untuk datuk."

Siapalah tidak sedih mengenangkan anak yang masih kecil hanya dipinjamkan buat sementara di alam fana ini? Namun, ibu bapa Aqib masih terus menaruh harapan agar pada suatu hari nanti, Adib diberi kesembuhan sepenuhnya serta berjaya di dunia dan akhirat. Realitinya, keadaan sebegini tidak asing dalam kalangan pesakit kanser kanak-kanak dan ahli keluarga mereka. 

Disebabkan itulah, Red Bubbles muncul sebagai sinar harapan yang menceriakan pesakit kanser cilik ini agar dapat mengharungi hari dengan lebih ceria meskipun diselubungi kesedihan dan kesakitan. 

Berperanan sebagai badut, mereka sering mengunjungi hospital untuk menceriakan kanak-kanak yang berada di wad. Selain itu, sebagai jalan untuk mengumpul dana aktiviti mereka, mereka turut menghasilkan karya yang terinspirasi daripada kisah mereka dengan kanak-kanak bernama Baim.



(Sumber: www.redbubbles.org.my)

Buat adik Aqib, kami doakan adik agar diberi kesembuhan sepenuhnya daripada sebarang penyakit yang dihidapi. Semoga seluruh keluarga adik terus diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. - CARI
6

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 12-2-2019 11:24 AM
Eloklah tu kurang2 x lupa maut makin menghampir.
Quote Artemesiaa 12-2-2019 11:26 AM
Lain orang lain caranya ikut minat masing2
Quote haryatie 12-2-2019 11:39 AM
kuat dn tabah nya adik ni
kalau jd kat diri sendiri..
ntah lah mcam mana
benda2 kecik pun aku asyik  
tido pun x lena, mkan pun x lalu
lg cpt la mati nya

Quote esbok 17-2-2019 04:27 PM
How irony


Aku pun sama. Aku suka duduk kat tanah perkuburan. Aman. Kalau ziarah kubur bapak. Aku akan duduk menikmati kawasan kubur sepi berangin. Tenang
Quote lonso 17-2-2019 05:51 PM
esbok replied at 17-2-2019 04:27 PM
How irony



Msti rapat dgn bapa kan...bila ziarah kubur terasa ada
Quote dua_chzy 17-2-2019 09:12 PM
esbok replied at 17-2-2019 04:27 PM
How irony



Sah2 ngko ni boleh ngam dengan mahkluk halus. Ngko ja tak sedar. Cer check ntah2 hada roh/spirit yang dok following ngko kulu kilir selama ni.
Quote esbok 17-2-2019 09:51 PM
lonso replied at 17-2-2019 05:51 PM
Msti rapat dgn bapa kan...bila ziarah kubur terasa ada

Bapak aku penyayang orangnya. Aku bukan anak yang baik tapi aku cuba lah jadi baik. Buat apa pun ingat kan dia
Quote esbok 17-2-2019 09:56 PM
Edited by esbok at 18-2-2019 10:25 PM
dua_chzy replied at 17-2-2019 09:12 PM
Sah2 ngko ni boleh ngam dengan mahkluk halus. Ngko ja tak sedar. Cer check ntah2 hada roh/spirit y ...



Kata member yang mata sixth sense. Katanya kat kubur takdak pun
Quote dua_chzy 17-2-2019 11:40 PM
esbok replied at 17-2-2019 09:56 PM
Kata member yang mata sixth sense. Katanya kat kubur takdak pun biasanya.

nampak kepala melay ...

Ha kan, aku dah agak ngko ni hada sixth sense. Bukan sembarang manusia boley rasa tenang kat tempat orang mati.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.171066 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top