Seorang penagih dadah di Lianyungang, wilayah Jiangsu berang ditipu pengedar dadah yang memberinya gula putih sebelum membuat laporan polis.
Menurut media tempatan, syabu palsu yang dibelinya itu menyebabkan dia kerugian sebanyak 1,400 yuan (RM851). Dengan harapan untuk mendapatkan kembali wangnya, lelaki itu bertindak membuat laporan polis. Namun, tindakan bodohnya itu memakan diri kerana mengambil dadah di negara itu adalah satu kesalahan berat. Dia yang kononnya ingin membuat laporan di balai polis ditahan serta merta atas kesalahan itu. Penagih yang dikenali sebagai Wang itu memberitahu, syabu seberat 1.5 gram itu sebenarnya adalah ketulan gula putih.
Hasil bantuan Wang, pengedar syabu palsu yang dikenali sebagai Zhou berjaya ditahan. Perdagangan dadah haram di China dipengaruhi faktor-faktor seperti sejarah, lokasi, saiz penduduk, dan keadaan ekonomi semasa. Status China dalam pengedaran dadah telah berubah dengan ketara sejak 1980-an, ketika negara itu pertama kali membuka sempadannya untuk perdagangan dan pelancongan setelah 40 tahun pengasingan relatif. - CARI |
ADVERTISEMENT