Sedang skuad bawah 22 tahun negara bergelut dengan masalah pemain yang tidak dilepaskan kelab masing-masing, Fagiano Okayama berbangga kerana pemainnya, Hadi Fayyadh terpilih untuk mewakili Malaysia dan gembira untuk melepaskan Hadi bagi Kejohanan AFF U-22.
Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee sedikit terkilan kerana lima pemain yang dipanggilnya tidak dilepaskan kelab masing-masing kerana diperlukan khidmat mereka untuk menghadapi Liga Malaysia.
Lima pemain tersebut ialah Syahmi Safari (Selangor), Danial Amier, Zahril Azri Zabri (Felda United), Faisal Halim (Pahang) dan Fadzrul Danel Nizam (Kedah). "Alhamdulillah mereka bagi 'lampu hijau'. Mereka memaklumkan, bukan senang nak menjadi wakil negara dan pemain di sana pun bukan semuanya dapat bermain untuk Jepun. "Jadi, ini satu kebanggaan dan mereka sangat gembira kerana saya dipanggil untuk mewakili Malaysia dan mereka ucapkan yang terbaik untuk saya," kata penyerang berusia 19 tahun ini di hari pertama latihan skuad kebangsaan di Bukit Jalil. Skuad bawah-22 negara akan bertanding di Kejohanan AFF U-22 di Cambodia yang akan berlangsung dari 17 hingga 26 Febuari 2019. - CARI |
5
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT