Azizah merupakan lagu pertama yang pernah dirakamkan P. Ramlee. Lagu itu telah dimuatkan dalam filem Penarek Becha yang diterbitkan pada 30 Oktober 1955. Asalnya, Pengarah filem, B. S. Rajhans dari Malay Film Productions di Jalan Ampas, Singapura telah menyaksikan P. Ramlee menyanyi lagu Azizah di dalam sebuah Pertunjukan Pertanian Melayu di Butterworth, Pulau Pinang pada 1 Jun 1948. Lagu Azizah dikatakan dicipta oleh Seniman Agung itu bagi menceritakan tentang perasaan cintanya di Pulau Mutiara. Lagu itu terus sinonim dengan P. Ramlee disepanjang kariernya sebagai seorang penggubah lagu, pengarah filem dan pelakon yang prolifik.
Namun begitu, menurut bekas Ketua Pengarang Utusan, Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin, pada satu malam bertarikh 28 Mei 1973, kira-kira pukul 8 malam, P. Ramlee menyanyikan lagu Azizah semula.
Nyanyian terakhir oleh Seniman Agung itu adalah untuk diperdengarkan kepada Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Osman Abadi menerusi panggilan telefon. Osman yang ketika itu sedang menyiapkan skrip filem Azizah yang akan diarahkan oleh P. Ramlee memberitahu, skripnya sudah disiapkan namun dialognya belum.
"Biarlah saya nyanyikan lagu Azizah supaya you dapat ilham untuk buat dialog," kata P. Ramlee dan menyanyikan sebahagian lagu tersebut. Itulah lagu pertama yang digubahnya dan itulah lagu terakhir yang dinyanyikannya, jelas Zainuddin. Kira-kira pukul 4 pagi, 29 Mei 1973, P. Ramlee menghembuskan nafasnya yang terakhir. - CARI |
6
Bagus |
6
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT