CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sakit Kena Tanggung Sendiri, Sakit Bahu Saya 3 Kali Kena Hentak,"- Zarina Zainuddin

13-2-2019 12:35 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 24117| Komen: 192|Original author: Oleh: top5complete

Bukan mudah nak besarkan anak, apatah lagi jika anak kita itu menghidap autisme, kesusahan itu berkali ganda berbanding menjaga anak yang normal.

Anak autisme suatu anugerah paling berharga buat ibu bapa. Ibu bapa yang berjiwa kental sahaja yang mampu untuk menjaga anak-anak autisme.


Terlalu banyak perkara yang kita tidak fahami mengenai mereka kerana mereka tidak mampu berkomunikasi dengan baik, susah bersosial dan masalah tingkah laku  yang di luar kebiasaan berbanding anak-anak yang normal.

Foto: IG Zarina Zainuddin
Namun, itulah yang terpaksa ditanggung oleh seorang ibu yang bernama Zarina Zainuddin setiap hari. 

"Sakit kena tanggung sendiri..Sakit bahu saya 3 kali kena hentak ..sabar la azil masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah esok oalau ibu dah takde..mudah mudahan azil pandai jaga diri.."


Azil & Azal MENGAMUK DALAM KERETA adalah suatu kebiasaan dalam hidup Zarina



Namun dalam setiap kekurangan itu pasti ada hikmahnya

Azal dan adiknya telah mendapat didikan agama yang terbaik daripada Zarina 


Bagi yang tidak kenal siapa Zarina Zainuddin ini adalah sedikit info mengenai beliau

Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban , Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Liyana Sulaiman.

Zarina telah bernikah dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar pada tahun 1993. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai, Muhammad Naim Azrai, Muhammad Raizal Azrai (Azal) dan Muhammad Razil Azrai (Azil). -CARI
9

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 13-2-2019 12:42 PM
Aku ada gek anak sedara autism tp tu jenis yg ok xde plak ganas cam anak2 Zarina.
Quote etonjelita 13-2-2019 12:44 PM
Dlm ganas2 ank dia smpat rakam video sambil driving. Bahaya makcik oiii.
Quote pavlovachoc 13-2-2019 12:45 PM
kesian dia .. xde ke org yg boleh bantu dia ..
Quote prettyuglybabe 13-2-2019 12:46 PM
anak laki dia yg lagi 2 tu autism gak ke?
Quote haryatie 13-2-2019 12:49 PM
kesian dia ni
bertabah la...
walaupun terpksa bersusah ada ganjaran yg baik dr Allah tu
Quote harkktuih 13-2-2019 12:50 PM
Sesekali sharing ok lah.. Kalau dah selalu sgt mcm nk menunjuk betapa gigih jaga anak autism
Quote emera 13-2-2019 12:50 PM
Sejak terdedah pasal autism melalui kengkawan yg ada anak autistic & baca pengalaman org lain, aku rasa ni first time aku jumpa anak autistic yg errr.. mcm buas sikit.. mmg ada ye jenis autism mcm anak2 zarina ni?
Quote lonely_surina 13-2-2019 12:55 PM
kena makan ubat kot..
kalo Dr ada bagi ubat, kena bagi makan..
kesian dkt zz n anak kembar dia..
dugaan masing2..
sedih kalo zz tiada suatu hari nanti, mcm mana nasib anak kembar dia..
harap adik2 blh menumpang kasih n jaga mcm zz jaga..
Quote ezacbee 13-2-2019 12:59 PM
etonjelita replied at 13-2-2019 12:44 PM
Dlm ganas2 ank dia smpat rakam video sambil driving. Bahaya makcik oiii.

Aku tgk video pun seriau.
Dia relax2 je rakam sambil drive.
Kalau terbabas ke camno?
Quote cikenet76 13-2-2019 01:04 PM
prettyuglybabe replied at 13-2-2019 12:46 PM
anak laki dia yg lagi 2 tu autism gak ke?

yg kembar ni jer autism... yg dua lagi normal...

sbb kan zz terlalu prihatin pada abg2 nya ni smp anak dia yg bongsu merajuk tp zarina mmg ibu yg hebat...

Quote prettyuglybabe 13-2-2019 01:05 PM
i ingat anak dia dua ni je..
tak pernah tau dia ada anak normal lg 2..
Quote laksmanabentan 13-2-2019 01:15 PM
emera replied at 13-2-2019 12:50 PM
Sejak terdedah pasal autism melalui kengkawan yg ada anak autistic & baca pengalaman org lain, aku r ...

ada... cuma mereka kurang upload kat IG or social media..
sbb tu kita tak nampak sgt...

ada satu ni.. adam... leh follow IG dia..IG:adamsautismfamily
adam ni pun kira yg hyper juga la...
Quote mixed 13-2-2019 01:17 PM
lonely_surina replied at 13-2-2019 12:55 PM
kena makan ubat kot..
kalo Dr ada bagi ubat, kena bagi makan..
kesian dkt zz n anak kembar dia..

zz yg x bagi ubat pagi tu
sb tu anak nya jd ganas
dia kata kesian anak nya jd lemah
patut la anak dia ganas semacam

penah gak tgk anak autism yg lasak
tp xda sampai memukul2 diri dan org

anak iwan man komposer cina muslim tu austim
tp npk dia suka lari2 je xda nk pukul mak/pak nya


Quote mixed 13-2-2019 01:18 PM
ezacbee replied at 13-2-2019 12:59 PM
Aku tgk video pun seriau.
Dia relax2 je rakam sambil drive.
Kalau terbabas ke camno?

smlm mak nya zz ada komen kt situ
dia marah zz degil memandu x bw org jaga anak nya hyper tu
bahaya la kan dok rekod bagai



Quote aaz 13-2-2019 01:29 PM
emera replied at 13-2-2019 12:50 PM
Sejak terdedah pasal autism melalui kengkawan yg ada anak autistic & baca pengalaman org lain, aku r ...

Autism ada byk jenis. Ada yg mild, moderate, severe. ada yg boleh bercakap ada yg non verbal. Ada yg agresif ada yg tak. Dua2 anak ZZ lain jenis autism. Sorang ganas sorang tak. Sorang leh cakap sorang lagi tak boleh nak ckp.
Quote aaz 13-2-2019 01:31 PM
mixed replied at 13-2-2019 01:17 PM
zz yg x bagi ubat pagi tu
sb tu anak nya jd ganas
dia kata kesian anak nya jd lemah :shakehead ...

Ada juga cakar2.. you tengok mak ngn ayah adam banyak luka2 dan parut kt lengan
Quote tintalangit 13-2-2019 01:33 PM
mixed replied at 13-2-2019 01:17 PM
zz yg x bagi ubat pagi tu
sb tu anak nya jd ganas
dia kata kesian anak nya jd lemah :shakehead ...

yup.... dulu2 pernah tengok video ZZ cerita masa tu anaknya tak nak makan ubat ker camner...
last2 diorang pakat suruh makan ubat tu separuh2. kira patah dualah pil ubat tu...
ZZ cakap badan dia lembik terus lepas makan ubat tu....
Lepas tulah baru dia rasa kesian anak dia kena makan ubat tu.
Sheols yang makan separuh jer dah jadi lembik gitu...
inikan pula kalau dah makan sebiji....
patutlah anak sheols tak ngamuk kalau makan ubat...
so since dari kejadian tu, zz dah kurang bagi ubat pada anak sheols...
naluri ibu...tak sampai hati kan....
Quote azimodin 13-2-2019 01:36 PM
mixed replied at 13-2-2019 01:17 PM
zz yg x bagi ubat pagi tu
sb tu anak nya jd ganas
dia kata kesian anak nya jd lemah :shakehead ...

tu la.. doktor bagi ubat bersebab, bukan suka2. kita faham sebagai mak mesti la x sanggup nak tengok anak tido/lembek je tapi doctor bukan suruh makan sentiasa tanpa henti. bila dah boleh menjejaskan keselamatan diri & orang sekeliling, dah wajib bagi ubat dah. Buatnya eksiden pastu langgar orang, jadi issue lagi besar.
Quote wickedwisdom 13-2-2019 01:38 PM
kesiannya..semoga tabah ZZ

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.085712 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top