"Salah satu sebab saya aktif di media sosial adalah untuk memudahkan interaksi antara saya dan rakyat tanpa sebarang protokol."
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa agar platform aduan awam yang disediakan Kerajaan Negeri Johor digunakan bagi membantu menyelesaikan aduan rakyat di negeri itu. Menurutnya, platform itu adalah inisiatif bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam negeri Johor. Dalam masa sama, baginda mengambil maklum aduan rakyat yang diutarakan menerusi akaun media sosial merangkumi pelbagai aspek termasuk isu perumahan, bantuan kebajikan, pendidikan atau pun infrastruktur.
Loading FB Post... Baginda berjanji akan melakukan yang terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan. - CARI |
ADVERTISEMENT