CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Cardi B Padam Instagram, Dicaci Tidak Layak Menang Album Rap Terbaik

16-2-2019 10:43 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7257| Komen: 24|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kegembiraan Cardi B memenangi Grammy bagi Album Rap Terbaik baru-baru ini terpadam apabila menerima berbakul-bakul cacian sehingga dia terpaksa menutup akaun Instagramnya.

Kredit foto: Carian Google
Penyanyi rap itu mengungguli kategori Album Rap Terbaik dalam majlis Grammy  ke 61 apabila album penuh sulungnya, Invasion of Privasy menewaskan Mac Miller (Swimming), Nipsey Hussle (Victory Lap), Pusha-T (DAYTONA), dan Travis Scott (ASTROWORLD) dan menjadi penyanyi rap wanita pertama memenangi anugerah sengit itu.


Kredit foto: Carian Google
Ramai netizen berkata album Cardi B tidak layak memenangi kategori itu sebaliknya album mendiang Mac Miller dikatakan lebih berkualiti dan layak menang. Mantan kekasih Mac Miller, panyanyi Ariana Grande turut meluahkan perasaan terkejut apabila Mac Miller gagal memenangi kategori itu.

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Walau bagaimanapun, peminat Cardi B mempertahankan dirinya, termasuklah ramai penyanyi rap yang bekerjasama dangannya dalam pembikinan album tersebut. Malahan, suaminya Offset yang baru berbaik semula dengan Cardi, turut berkata penyanyi itu telah bekerja keras walaupun dalam keadaan sarat mengandung untuk menghasilkan Invasion of Privacy.


Sebelum memadam akaunnya, Cardi sempat meninggalkan pesanan balas kepada mereka yang meragui kemenangannya. 'Saya tidak suka manusia yang merendahkan orang lain, saya berjuang keras untuk album ini sehingga menguncikan diri tiga bulan dalam studio dalam keadaan sarat mengandung dan sakit' terangnya.


Sebelumnya, mendiang Mac Miller disebut-sebut bakal memenangi Album Rap Terbaik tahun ini kerana penganjur Grammy telah menjemput ibu bapanya untuk menghadiri majlis gilang-gemilang tersebut. Mac Miller meninggal dunia tahun lalu akibat pengambilan dadah berlebihan, dan ramai pemerhati berkata albumnya lebih baik dan dia lebih layak diberikan penghargaan sebagai tanda respek.

Cardi B sudah sering memadam akaun Instagramnya tetapi muncul semula seketika kemudian. Persoalannya, layakkah beliau memenangi Album Rap Terbaik? Dan sejauh mana gimiknya memadam Instagram kali ini akan bertahan? -CARI
9

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 16-2-2019 11:17 AM
Releven lagi ke Grammy Awards ni? Macam very archaic event je..
Quote debab76 16-2-2019 11:21 AM
makcik bawang US lagi dasyat yach!!
Quote Sang_Pencinta 16-2-2019 11:25 AM
najib888 replied at 16-2-2019 11:17 AM
Releven lagi ke Grammy Awards ni? Macam very archaic event je..

Masih relevan lah for me

Antara pemenang yg dipilih berdasarkan kualiti

Bagaimanapun pelik sejak akhir2 ini yg memang based on jumlah sale??
Quote Sang_Pencinta 16-2-2019 11:25 AM
debab76 replied at 16-2-2019 11:21 AM
makcik bawang US lagi dasyat yach!!

Still tak boleh lawan  acik lokal yg kalah page Israel sis
Quote Gumball 16-2-2019 12:42 PM
prefer album rap Mac Miller dari album rap Cardi B
lebih layak menang
Quote dua_chzy 16-2-2019 01:26 PM
Memang pun. Fakap habis dah Grammy Awards nih.
Quote dua_chzy 16-2-2019 01:30 PM
Ariana suara soprano penyek tu dah kenapa meroyan macam budak kecik? Oh wait, lupa sheol memang budak kecik. Sebab tu IQ paras buku lali.
Quote AmandaRollins 16-2-2019 03:30 PM
Kecewa sgt queen nicki x tercalon...now industri music kt sana da xde kualiti sgt cm dulu...calonkan newbie2 yg mediocore je...
#forevernickifan
Quote Ladyreverie 16-2-2019 08:20 PM
dua_chzy: Ariana suara soprano penyek tu dah kenapa meroyan macam budak kecik? Oh wait, lupa sheol memang budak kecik. Sebab tu IQ paras buku lali.



Lool dulu pernah gak ah suka dia tapi lepas mac death nampak sgt she’s milking it out mcm kau dah kenapa sisssss?????
Quote Sang_Pencinta 16-2-2019 08:52 PM
AmandaRollins replied at 16-2-2019 03:30 PM
Kecewa sgt queen nicki x tercalon...now industri music kt sana da xde kualiti sgt cm dulu...calonkan ...

Nicki langsung tak tercalon tahun ni

Lepas tu ada yg komen kata Cardi tewaskan dia sebab Nicki tak pernah menang Best Album selama ni
Quote dani-rox 17-2-2019 04:10 AM
grammy is a joke. hellooo... black eyed peas pernah menang utk lagu2 hauk namatey mcm nih


Quote kukukatablog 17-2-2019 12:13 PM
aku suka jah album cardi b ni lagu2 dia best....
bila cardi menang jah terus dalam hati aku kata padan muka nicki minaj.....
dah la kuat cari gaduh.... padan mukerrrrrrrrrr..... kemaruk grammy........
Quote Orix 17-2-2019 05:08 PM
Rsanya grammy kalini plg sendu kot. Taytay xde, adele xde, Queen B xde,
Quote jane_hopper 18-2-2019 12:47 AM
Cardi b ni x bole blah slang die
Quote giyomi 18-2-2019 10:44 AM
sedangkan artis2 tempatan pon ramai akak tak tau, ni kan lak luar negara. btw, sepatah dua...just bcoz, miller who r yusss tu mendiang, tak semestinya ianya di bagi kat dia only bcoz dia mendiang
Quote RatuDunia94 18-2-2019 03:08 PM
Grammy ni makin hambar..
Quote supernaturalee 18-2-2019 04:44 PM
lbh pelik ttg kemenangan album of the year
kacey musgraves?
really?


Quote Artemesiaa 18-2-2019 05:04 PM
Anugerah yang dah makin hambar dah tak se gah dulu so malas nak ikut
Quote fazamania 19-2-2019 08:41 AM
Grammy = Beyonce
Beyonce = Grammy

Kalau takde beyonce, rasa x best

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055903 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top