CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arwah Ayah Pun Pernah Bohong- Nik Abduh Nik Abdul Aziz Pertahan Diri

14-2-2019 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2316| Komen: 9|Original author: Oleh: Myra Rozi

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan tindakannya menafikan kesahihan suara dalam audio PAS menerima dana daripada Umno itu adalah langkah yang tepat.

Dalam soal menjaga kerahsiaan parti, perkara itu turut diamalkan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memimpin PAS.

Nik Abduh
"Ia hanya soal kerahsiaan dan bila kita berada dalam parti besar apatah lagi parti Islam, maka soal kerahsiaan itu adalah sesuatu yang valid, ada ilmunya dalam agama. Banyak contoh-contohnya.

"Saya buat contoh yang dekat kita di Kelantan ini ialah dalam isu baiah, taklid talak (isteri) terhadap wakil rakyat PAS di Kelantan. Apabila dokumen itu tular, almarhum tok guru Nik Aziz ditanya dan dia menafikan sekeras-kerasnya.


"Maknanya kalau nak kata bohong pun bohonglah, tapi ia bab kerahsiaan. Dia menjaga rahsia wujudnya baiah itu walaupun dah bocor sampai ke mati."

Allahyarham Nik Aziz
Malaysia Kini melaporkan, beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang penafiannya terhadapa rakaman audio penerimaan dana daripada Umno yang melibatkan pimpinan PAS sebelum ini.

Bagaimanapun PAS mengesahkan kesahihan audio tersebut mengandungi suara Nik Abduh.

Dalam satu hantaran panjang di Facebooknya, Nik Abduh membuat penafian tersebut selepas mendapat restu Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Hadi berkata, "Nik Abduh sendiri (yang cakap), bukan saya, terpulang pada Nik Abduhlah. Mungkin orang lain menafikan, tapi Nik Abduh tahulah dia cakap." -CARI
5

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 14-2-2019 11:36 AM
hmm..xpaham aku ngn politik2 ni sampai nk mengaitkan dgan arwah bapak..
Quote M5 14-2-2019 11:52 AM
Spesis tunggang agama pujaan ummah melayu, kuat menipu tapi asal isle takpa
Quote kucingitam 14-2-2019 03:56 PM
kau dah kenapa? biarlah ayah kau aman2 di sana...
Quote ramaramu 14-2-2019 04:12 PM
salah satu contoh iman tu tak boleh di warisi.
Quote vee_zara 4-4-2019 07:56 PM
Dia ni bodoh kesian la ayah dia. Mmg iman tak dapat diwarisi
Quote melnanzz 4-4-2019 08:01 PM
Astaghfirullahalazim. Kenapa lah sampai nak kaitkan dengan nama arwah ayah tu. Masalah sendiri, sendiri kasi settle lah. Ni tak, cuba cari alasan dengan menyebut orang yang telah pergi. Ayah sendiri pulak tu.
Quote JokesCop 4-4-2019 10:24 PM
Sila baca artikel dan bukan tajuk. Nik Abduh tgh berbicara bab kerahsiaan. Walaupun orang cakap itu satu pembohongan, amanah rahsia tetap dipegang.

Snitches get stitches.
Quote dua_chzy 4-4-2019 10:27 PM
Akak nak galakkan stodens akak masuk politik. Membodohkan diri pun takpa, yang penting duit masyuk.
Quote nono86 4-4-2019 10:46 PM
Suka ati ustaz la nk kecek blawok pun, tp bakpo nak kait nge arwah hok takdop dohh.  Tak pasal tercalar maruah arwah..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.589585 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top