Seorang wanita, dipercayai warga Indonesia, menjadi tular apabila menggunakan cara pelik untuk mengulas pelbagai jenis sabun. Beliau memakan sabun-sabun tersebut dan membandingkan rasanya.
'Kunikan' wanita tersebut mengundang perhatian netizen sehinggakan video yang dikongsi beliau mencecah hingga 200,000 tontonan dalam sekelip mata.
Wanita yang dikenali sebagai Khosik Assyifa itu memuat naik beberapa video yang menunjukkan beliau merasa beberapa jenis sabun. Pada mulanya, beliau kelihatan menggosok sabun tersebut dengan tangan basah, kemudiannya menjilat buih-buih dan seterusnya memakan sabun tersebut. Beliau juga kelihatan sangat khuysuk dengan perbuatannya dan satu-satunya perkataan review yang diulang adalah ‘Em, enak, enak, enak!'.
Bagaimanapun, cara unik beliau itu mendapat kecaman ramai netizen yang tertanya-tanya adakah selamat untuk memakan sabun. Ada juga antara mereka yang merujuk kepada komen pakar kesihatan bahawa sabun tidak mengandungi sebarang bahan toksik.
Walaupun begitu, terdapat ahli sains yang memberikan amaran bahawa memakan sabun dalam kuantiti yang besar boleh menghalang seterusnya merosakkan saluran pemakanan. Kandungan pH sabun yang tinggi beralkali dipercayai akan meneutralkan asid dalam perut dan mengganggu sistem pencernaan. Oleh itu, memakan sabun tidak digalakkan sama sekali. Wanita itu bagaimanapun tidak mengendahkan sebarang komen dan kecaman, malahan semakin galak memuat naik video makan sabun pelbagai jenama, mungkin kerana beliau teruja melihat videonya menjadi tular dan mendapat ratusan ribu tontonan. Nampaknya, semakin banyak cara manusia untuk mendapat perhatian ramai. Apa pendapat anda? Wajarkan perbuatan seperti memakan sabun ini menjadi ikutan? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|