Setiap kali tiba sambutan dengan kesan dari barat seperti Halloween atau Hari Valentine, pasti timbul isu di mana ada orang Islam turut serta meraikannya.
Terbaru, seorang gadis Melayu kononnya meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter selepas permintaannya untuk menulis nota cinta sempena Hari Kekasih ditolak penjual Lazada kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Gadis itu juga berkongsi paparan skrin perbualannya dengan penjual berkenaan. Malah, dia turut tidak berpuas hati dengan layanan diterimanya hingga mendakwa laman beli-belah online bukan tempat untuk berdakwah. Tindakannya itu mengundang kecaman hebat daripada netizen kerana sikapnya yang sombong dan angkuh serta berbangga menyambut Hari Kekasih yang haram untuk diraikan umat Islam. Selain itu, mereka turut memuji penjual berkenaan kerana bertegas dengan prinsipnya dan tidak mengejar duniawi. Namun, ada juga yang memperlekehkan nasihat dan fakta yang diberi segelintir netizen selain menyifatkannya sebagai ikutan budaya. Betullah manusia zaman sekarang tidak boleh ditegur, lebih cenderung menegakkan yang salah berbanding menurut yang betul. - CARI
|
bezita60 replied at 16-2-2019 03:57 PM
Tinggalkan je la birah camni. Esok gaduh laki bini londeh dlm socmed
bezita60 replied at 16-2-2019 03:57 PM
Tinggalkan je la birah camni. Esok gaduh laki bini londeh dlm socmed
ADVERTISEMENT