Penyanyi nasyid Suhaimi Saad ialah personaliti paling kontroversi sepanjang minggu ini. Namanya menjadi sebutan ramai di media sosial, dan sempat trending di Twitter. Ini berikutan kenyataannya yang mempertahankan hujah bumi adalah rata atau flat.
Ini bukanlah kali pertama dia menjadi kontroversi. Sebelumnya dia juga dikecam kerana mempertahankan pandangan anti vaksinnya dan pernah membuang ubat-ubatan yang diterimanya daripada sebuah klinik. Berikutan kontroversi demi kontroversi yang diterimanya, kini kegiatan seninya turut menerima tamparan. Baru-baru ini, dia dikatakan telah digugurkan daripada senarai sebuah konsert yang sepatutnya berlangsung pada 20 April ini di UIA. Konsert 4NOMENA itu turut menampilkan kumpulan nasyid popular seperti Unic, InTeam, Hijjaz dan Mestica. "Disebabkan kontroversi demi kontroversi yang melanda saya kebelakangan ini, pihak penganjur dan penaja konsert 4NOMENA telah pun menggugurkan saya daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut pada malam 20 April depan" katanya mengumumkan di Facebook. Pengumumannya disambut secara berbelah bagi oleh peminat di ruangan komen. Ada yang kata padan muka, tetapi ada juga yang berkata rezeki ada di mana-mana. Seorang netizen pula menasihati dirinya untuk menjadikannya pengajaran pada masa hadapan. Dia turut digesa mendapatkan maklumat yang penuh sebelum membuat sebarang kenyataan kerana pada zaman ini, maklumat ada di hujung jari. Mari kita nantikan sejauh mana pengguguran ini akan menjadikan dia lebih matang dalam memberikan pandangan pada masa depan. -CARI |
friedfishsoup replied at 17-2-2019 06:45 PM
Arghhhh Ada thread dia lagi!!!
Anyway aimy, mereput je kat rumah. Tak yah keluar rumah pun bagus. ...
Sang_Pencinta replied at 17-2-2019 06:49 PM
Betul ke orang kata dlm group dia tu dulu, dia paling suara sedap?
friedfishsoup replied at 17-2-2019 06:47 PM
Akhir kata
dinopower2 replied at 17-2-2019 06:52 PM
die perasan suara sedap
Sang_Pencinta replied at 17-2-2019 06:47 PM
Motif nak katupkan FB dia? Nanti tak ada hiburan sis
Sang_Pencinta replied at 17-2-2019 06:57 PM
Dia dgn ina naim buat lagu duet pasti meletop
Sang_Pencinta replied at 17-2-2019 06:47 PM
Motif nak katupkan FB dia? Nanti tak ada hiburan sis
friedfishsoup replied at 17-2-2019 07:10 PM
Kalau u follow FB dia bertahun2, u akan tahu sebab kenapa lebih baik katup FB dia. Skrg u rasa FB ...
chocobozhere replied at 17-2-2019 06:43 PM
Dia ni memang bermuka tebal ye..tak faham aku
ADVERTISEMENT