CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRK Semenyih: Papagomo Vs Syed Saddiq

22-2-2019 12:48 PM| Diterbitkan: safriehalim| Dilihat: 3714| Komen: 8|Original author: Oleh: Pak Saha

Kredit Foto : Kosmo
Panas memang panas PRK Dun Semenyih ini, di hari penamaan calon lagi sudah ada kontroversi yang mengegarkan satu Malaysia. Apa tidaknya, pertama kali dalam sejarah PRK,  Menteri diserang dan dihemburkan kata-kata kesat oleh penyokong parti pembangkang.

Seperti yang dilaporkan media tempatan, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan telah mendakwa hampir dipukul oleh sekumpulan penyokong BN serta lehernya telah dicekik oleh seorang pemimpin EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhamad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

"Nak caci saya "babi, bangsat, bodoh, hancing" saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, ini dah melampau!," ujar Syed Saddiq seperti dilaporkan media.


Kredit Foto : NSTP
Syed Saddiq kemudian telah membuat laporan polis sehingga Papagomo di tahan untuk disoal siasat. Papagomo kemudian telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama tiga hari. 

Memetik laporan media tempatan sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim telah mengesahkan bahawa siasatan pihaknya telah mendapati tiada pergaduhan serius antara Papagomo dengan Syed Saddiq pada 16 Februari lalu.

Menurutnya lagi, fail kes ini akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk proses pendakwaan jika pihak polis sudah mempunyai bukti dan saksi yang mencukupi.

Papagomo sebelum itu telah menafikan yang dia mahu menyerang Syed Saddiq. Papagomo mendakwa dia hanya memeluk bahu Syed Saddiq dan mahu melindungi Menteri Belia dan Sukan itu daripada diserang oleh penyokong BN.

Foto: Milosuam
Dalam pada itu,  penyokong BN mendakwa pembantu Syed Saddiq telah memulakan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah terhadap mereka. Menurut mereka lagi Syed Saddiq tidak mengikut laluan yang ditetapkan SPR dengan sengaja memasuki kawasan penyokong BN.

Keadaan menjadi semakin hangat, apabila netizen yang pada mulanya menyebelahi Syed Saddiq telah menjadi sebaliknya.  Ini gara-gara sebuah klip video  yang telah tular di media sosial yang jelas menunjukkan Papagomo tidak mencekik Syed Saddiq seperti didakwa, sebaliknya hanya memeluk dari belakang. 

Namun Syed Saddiq mendakwa video tersebut telah di sunting dan ia tidak menunjukkan keadaan yang sebenar.

"Mula-mula OK tapi dia edit (video), tak ada tunjuk part (bahagian) lain," ujarnya dalam satu sidang media.


Papagomo semalam  telah membuat laporan polis kerana mendakwa Syed Saddiq telah membuat laporan palsu terhadap dirinya.

Memetik laporan media tempatan, Papagomo menyifatkan insiden kononnya beliau mengasari Syed Saddiq Sabtu lalu, sebagai salah faham. Menurut Papagomo tujuannya membuat laporan polis kerana mahu rakyat mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Andai benar Syed Saddiq membuat laporan palsu dan kes ini diteruskan pendakwaanya di Mahkamah, jika sabit bersalah Syed Saddiq boleh hilang kelayakan untuk menjadi wakil rakyat. 

Namun Syed Saddiq tetap enggan menarik semula laporan polis tersebut kerana yakin beliau dipihak yang benar. Beliau juga tidak kisah jika Papagomo mahu menyamannya.

Sepatutnya kejadian kekecohan ini berlaku. Sebagai pemimpin perlu bijak menjauhkan diri daripada perbuatan provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan rusuhan. Pemimpin perlu berkata jujur kerana apabila rakyat mengetahui pemimpin menipu, kepercayaan rakyat akan terhakis sampai bila-bila. -CARI
5

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Malaysia.Doom 22-2-2019 12:58 PM
Pondan shit small dick
Quote Bedah.Cun 22-2-2019 01:12 PM
Syed bottemi
Quote relaxjek 22-2-2019 01:47 PM
Ko minta maap je la sadiq ..ngaku salah.. case close.. kang x pasal2 prk kat muor kang..
Quote AmyOpy 22-2-2019 03:00 PM
itulah bg budak muda jd menteri
dia pun xsempat nak poya2 dah kena pikul tanggungjawab
Hancussssssssssssssssssss...kesiannnnnnnnnnnnn
Quote jofizo 22-2-2019 04:36 PM
bangga org muar dpt mp budak2...
Quote Kiah.comei 22-2-2019 04:43 PM
Gerenti lah polis tak ambik tindakan apa pun kat saddiq ni. Menteri ph kan kebal
Laporan polis papagomo hilang di angin lalu jer zaman Malaysia baru ni..
Silap silap polis pulak uturn..

Salah laku timbalan menteri masa prk camoron highland pun xde bunyi, ini kan pulak yg ini.. hmmmm
Quote jalfa 22-2-2019 04:48 PM
Sudip pon...npe la nak kecoh kecoh...hang menteri kot...patut suruh khadam gi report..yg hang report sendiri knp...kang dah terkeluar kemaluan
Quote Sham143 28-2-2019 11:42 PM
Kalau difikirkan secara logik..mengapa papagomo tergopoh2 mengejar syed sadiq dari belakang? Sedangkan dia bukan penyokong atau pun kawan syed sadiq?..sedangkan disisi syed sadiq ada polis dan penyokong2nya..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058649 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top