CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Perkara Menjengkelkan Yang Perlu Anda Jauhi Jika Berkunjung Ke Majlis Kenduri!

23-2-2019 12:21 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 7124| Komen: 14|Original author: Oleh: intan

Menjelang cuti sekolah yang bakal menjelma tiba ini, pasti anda telah menerima undangan kenduri meyatukan dua jiwa dari sahabat handai dan juga ahli keluarga yang jauh mahupun dekat. 

Namun dalam tidak sedar, ada beberapa perkara yang menjengkelkan yang mungkin anda pernah buat dan eloklah dijauhkan ketika bertandang ke majlis perkahwinan.



1. Pakai pakaian yang sesuai

Kredit foto : Says.com

Kredit foto : Google 

Janganlah pula kita hanya memakai selipar, seluar pendek, mini skirt ke majlis kenduri. Terbuntang mata acik acik bawang nanti. Bagi lelaki apa salahnya memakai kemeja berbanding hanya t-shirt bola. Jika berkunjung ke majlis di kampung-kampung, pakcik pakcik tua lagi kemas berbanding anak muda tau! kalau wanita mungkin tiada masalah sangat tapi tak usahlah terlalu ketat sehingga menampakkan 'benda' tak sepatutnya ya!

2. Bergosip mengenai pengantin

Gambar sekadar hiasan
Di hari bahagia itu, tinggallah sekejap perangai makcik bawang itu di rumah. Doakan saja yang baik baik. Janganlah bertindak seperti juri awam, pengantin lelaki kurang tampanlah, solekan pengantin bercapuk lah, pelamin serabut lah, macam - macam lah! Sedih pengantin kalau dia dengar tau.

3. Salam kaut tapi sampul kosong

Kredit foto : Kataustaz.com

Sudah menjadi adat, jika berkunjung paling kurang pun mesti ada salam kaut. Niat sedekah itu sudah baik tapi ada juga yang hanya memberi sampul kosong. Yang paling dasyat siap ada nota dalam sampul dengan kata kata tidak enak. Eh tak baiklah! Kalau tak mahu hulurkan sedekah salam kaut,tak perlu lah sampai macam tu ya!

4. Komen mengenai makanan

Ada rumah pengantin yang sediakan makanan yang sedap sangat, tapi ada juga yang kurang memuaskan. Eh, dah makan free pun nak komen banyak pula? Bilangan lauk pauk, kesedapan serta kualiti memang menjadi bualan ramai jika berkunjung ke majlis kenduri. Apatah lagi jika ada yang sakit perut selepas majlis, habislah tujuh keturunan tetap menjadi bahan bualan.

Kredit foto : Google
Kredit foto : Google

5. Bergambar tak ingat dunia

Sudah tentulah para tetamu nak mengabdikan kenangan bersama pengantin kan. Tapi, janganlah pulak sehingga pagi ke petang muka kau saja dalam album pengantin. Ketahui had masa anda dan beri peluang kepada tetamu lain.

6. Bawa balik lauk kenduri

Gambar sekadar hiasan

Jika di kampung yang menggunakan khidmat rewang mungkin tidak menjadi masalah dan selalunya makanan lebihan diberi kepada pihak yang terlibat dalam majlis rewang. Tapi kini orang lebih banyak menggunakan khidmat katering dan makanan yang dihidangkan hanya 'cukup-cukup' makan malah ada yang tidak cukup. Janganlah pula kita menyusahkan tuan rumah untuk membungkus makanan khas untuk kita pula ya. Kecuali tuan rumah itu sendiri yang berkeras untuk kita ambil. 

7. Nak cuba lauk makan beradab

Kredit foto : Google

Jangan tak tahu, ada juga yang buat perangai menjengkelkan macam ni ya. Memang lauk makan beradab lebih istimewa daripada makanan untuk tetamu, kan lauk pauk itu untuk raja sehari, awak tu tetamu saja tau? jangan lebih - lebih. Dan selalunya lauk yang dijamah pun tidak habis tapi janganlah pula kita memandai pergi makan pula ya!

8. Goodies bag extra

Kredit Foto : Google

Nak balik, diberi pula goodies bag. Baik hati sungguh tuan rumah. Walaupun tidak seberapa, kanak kanak pasti suka. Cukuplah sekadar satu setiap orang. Itu semua pun termasuk dalam kos juga tau. Ingat - ingatlah orang belakang tu!

Apa - apa pun, ketahuilah kita, untuk melaksanakan sesebuah majlis perkahwinan memang menelan belanja  dan kos yang tinggi. Kalau ada yang sponsor, tak apalah. Hormat - menghormati lah antara kita, tidak perlu merungut banyak dan sebaiknya jadikan sesebuah majlis itu sebagai tempat untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita.- CARI 


Kredit : Mstar Online
4

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 23-2-2019 03:53 PM
9. Karaoke
Pada yang suka karaoke tu.. tak payah la lepas ko... engko.. pastu engko lg.. dah la suara ke laut.. pastu nyanyi lagu Putus Terpaksa, Di Penjara Janji, Di Matamu etc.. nyanyi la lagu happy2 n bersesuaian meraikan pengantin..
Quote myakayina 25-2-2019 03:15 PM
RatuDunia94 replied at 23-2-2019 03:53 PM
9. Karaoke
Pada yang suka karaoke tu.. tak payah la lepas ko... engko.. pastu engko lg.. dah la sua ...

haha..aku pernah tengok situasi mcm ni..sampai pakcik dejay berbulu jer dgn ada sorg pakcik ni, kira sedara pengantin jgk ler ..lepas dia..dia jer yg nyanyi..org lain tak merasa pegang mic..klu suara sedap takpe..
Quote makkenits 25-2-2019 04:06 PM
10.
jgn buat meja n kerusi makan mcm kat umah sendiri.. sila ingat ada berlambak lagi org nak guna meja n kerusi tu.. jgn la dok bergosip or makan minum mcm ko kat restoran bapak sendiri... kekadang org dah hint by berdiri tepi meja, tp org tu buat derk ja wpun dah habis makan.. rasa mcm nak tuang je air sirap atas kepala org mcm ni..
Quote EvieWanKenobi 26-2-2019 07:34 AM
ada ke yang bagi sampul kosong?
ishhh.. tak baiknya..
Quote yenil95 26-2-2019 11:44 AM
Lagi satu kalau buffet tu, amik lauk sekadar utk makan ye. Jangan nak penuhkan pinggan lps tu makan tak habis. Membazir jer.
Quote Artemesiaa 26-2-2019 12:14 PM
Masalahnya dah banyak kali ada nasihatkan sebegini tapi ianya tetap berulang ialah perangai manusia ni bukan senang nak diubah
Quote vanilacup 26-2-2019 02:04 PM
ayaat yg paling kita sengaja cakap sudah tentulah walau dlm hati pengantin tu cantik atau tidak dan lelaki dia handsome atau tak handsome....

yg lain tu duduk no 2...pasal pengantin tetap no 1
Memang dari kecik sampai la ni dah dewasa ..sama je keadaannya ha ha ha
Quote haryatie 26-2-2019 03:20 PM
105101h27da2ck57fadc68.jpg


alahaiii..bontot sekoq2...
seksa ya amat..x terkoyak ke baju tu..
Quote tri-max 26-2-2019 06:29 PM
bab yg duduk kat meja mcm kat restoran
da tau dtg time peak hours jgn duduk lama2
makan minum bangun la samdol
ini buat mcm gathering plak
taw la sedara pengantin, tp kan ada meja kt tepi utk families
Quote coolie83 27-2-2019 09:50 AM
tri-max replied at 26-2-2019 06:29 PM
bab yg duduk kat meja mcm kat restoran
da tau dtg time peak hours jgn duduk lama2
makan minum bang ...

wa setuju sama lu...ini attitude yang mcm sial aku jumpa kat mana2 kenduri jenis buat depan rumah...
meja+kerusi dah la tak banyak,boleh pulak lu buat muka "line-clear" duduk lama2 buat tak tau je lepas lu abis makan...binawe betul...

kalau makan, 1 suap 20 kali kunyah pun masalah jugak..

org lain dtg nak makan,pastu salam kaut - then berambus je...nk sembang ngn sedara2 pi la tempat lain..
haih nyusahkan org betul la


Quote lee_sakura 27-2-2019 10:31 AM
RatuDunia94 replied at 23-2-2019 03:53 PM
9. Karaoke
Pada yang suka karaoke tu.. tak payah la lepas ko... engko.. pastu engko lg.. dah la sua ...

part karaoke paling aku tak suka, dh la majlis meraikan perkahwinan tp nyanyi lagu sedih putus cinta..paling best nyanyi lagu pelamin anganku musnah...hahahhaha
Quote indenial 27-2-2019 10:54 AM
Masa abg i kawin ada sorg sedara i tnya kad kawin wangi tak? Cantik tak? Ada sampul tak? Sbb she expect kad kena cantik wangi2 sbb sesuai la dgn kerja abg i n wifenya. Dari sekecik2 hal bab design kad kahwin smpai ke makanan kenduri dia komen. Org lain takde pulak.
Quote Juju89 2-3-2019 03:45 PM
menghadiri majlis seperti ini adab perlu di jaga kerana ia akan memberi malu sampai 7 keturunan jika tak menjaga adab dengan baik.
Quote Juju89 4-3-2019 04:25 PM
orang melayu penuh dengan adab jaga tingkah laku supaya manis dan sopan di lihat orang.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.118515 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top