CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Kritik Doula Buat Gaya Ultraman, Tidak Profesional Semasa Siaran Langsung

23-2-2019 02:07 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 27838| Komen: 170|Original author: Oleh: M&M

Ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu di hadapan televisyen malam tadi kerana ingin menyaksikan sendiri debat secara langsung antara Prof. Dr Imelda Balchin dan Hayati Muzaffar, atau dikenali sebagai Doula Yat.

Tajuk segmen Analisis itu ialah Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor. Maka, orang ramai ternanti-nanti apakah kupasan yang akan disampaikan oleh kedua-dua mereka.

Tv Al Hijrah

Akan tetapi, orang ramai telah dapat mengagak hasil kupasan topik tersebut kerana terdahulu, TV Al Hijrah juga telah mencetuskan kontroversi apabila panel jemputan yang merupakan seorang freelance medical doktor tidak dapat menjawab topik anti-vaksin dengan baik berbanding seorang lagi panel yang menyokong vaksin.

Selepas rancangan semalam, ternyata ramai yang tidak berpuas hati kerana mendakwa Doula Yat tidak memberi jawapan mengikut soalan yang diajukan sedangkan ia satu topik yang menarik. 




Doula Yat juga dikritik kerana bersikap tidak profesional pada malam tadi kerana menunjukkan gaya seperti Ultraman apabila dibidas oleh Dr Imelda. 




Ramai netizen yang turut menyedari raut wajah Dr Imelda yang tampak seperti menahan emosi sepanjang rancangan tersebut. Sesekali, suaranya ditinggikan dan segala yang diperkatakan oleh Doula itu sering dipertikai dan dipersoal kerana Doula itu berhujah tanpa fakta. 

Rupa-rupanya, di sebalik tabir sebelum rancangan bermula, ternyata berlaku sesuatu. Dr Imelda berkongsi mengenainya di laman Facebook.

Kredit foto: Facebook Prof Dr Imelda Balchin

Melalui perkongsian itu, rupa-rupanya kawan baik arwah Amy Kamila iaitu wanita bersalin yang meninggal kerana komplikasi ketika bersalin dengan Doula Yat, menghampiri Dr Imelda sejurus sebelum rancangan bermula dan berterima kasih kepadanya kerana membela nasib arwah. 

Ramai netizen lain yang turut menyampaikan penghargaan kepada Dr Imelda melalui laman Facebook.



Walaupun ramai yang mengkritik Doula Yat, masih ramai pengikutnya yang masih menyokong. Menurut salah seorang daripada mereka, rakyat tidak memahami konsep gentle birth yang dibawa oleh doula. 



Doula Yat juga kelihatan mempertahankan dirinya di laman peribadi Facebook. 


Nampaknya, setelah perbincangan malam tadi, rakyat sudah pastinya boleh memilih untuk bersalin menggunakan khidmat doula atau doktor. Anda bagaimana? - CARI

5

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 23-2-2019 02:27 PM
Dr imelda mampu je jawab soalan. Kau je yg tak boleh jawab
Quote judicata 23-2-2019 02:54 PM
memang la czer tu major surgery... gynae belah perut ko untuk selamatkan baby ko. bayangkan ko kalau aku terpengaruh dengan kata ko, 2-2 anak aku akan meninggal dalam perut sebab lemas hanat. aku czer 2 kali sebab anak aku sorang terbelit tali pusat, nasib doktor & nurse yang dok jaga aku menanti saat nak bersalin ni prihatin & segera amik tindakan bila dapat tau baby heartbeat aku dropped. kalau aku beranak di rumah sapa nak amik tau?



anak aku kedua pulak tak dpt keluar walaupun almost 25 hours in labor. ko nak aku persetankan medical progress semata konon nak aku ikut cara zaman dulu kala??? apa-apa jadi kat anak aku, sapa yang menyesal? ko confirm la lepas tangan. hiiiisssh. rasa nak mencarut aku tengok dia nih. hanat.

Quote judicata 23-2-2019 02:57 PM
lagi satu, nak elakkan embolism ni selalunya doktor akan injek heparin (pencair darah) selama 7 hari ke ibu mengandung. esp kat sarawak ni mmg ibu post czer wajib amik. medical progress da jauh ke hadapan, untuk elakkan mortality to unborn child and mothers demi nak capai target first world country. orang macam ko je yang reverse ke zaman jahiliyah. sama macam anti vaxxers, flat earth. semua ni tinggalan manusia zaman batu, zaman jahiliyah yang tengok gerhana matahari pun nak sembah.
Quote bukanomi 23-2-2019 03:21 PM
Pengalaman I ceaser lagi cpt sihat compare bersalin normal....kt hospital lagi byk kepakaran Dan kemudahan if patient alami komplikasi ke apa....doula berpandukan apa,....saikologi semata2 ke mcmane
Quote nazzse 23-2-2019 03:31 PM
Takda guna kemajuan kalau akal still takat lama. Kesian pengikut gentle birth ni, hidup pun b***h, selayaknya dipanggil mcm tu
Quote noraidil_06 23-2-2019 03:59 PM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun amy karmila 2013 or 2014
Quote siputsedut 23-2-2019 04:04 PM
Dah habis dah makian dkt golongan homebirthing encouraged by doula ni..x reti dh aku nk kata sbb tahap benak dia benak sungguh sampai x boleh terima nasihat n fakta
Quote cikkittydiva 23-2-2019 04:08 PM
ikut pengalaman sy bsalin.. kalau da sakit..sape2 pun tak boleh tlg kecuali semangat kita yg kena kuat..nurses..doktor dah cukup bg galakan utk kite push baby tu keluar. . Suami tu la doula terbaik..takpela kalau dia kaku mengkayu je.. at least dia mampu masuk tgk ko bersalin..tp dpt yg bagi full support usap2 urut2 ajar zikir2 ke lg bagus.. doula2 ni x yah la..ntah hape2 je
Quote chipsmoremore 23-2-2019 04:25 PM
Makin lama manusia makin bodoh... ade kesenangan beranak dihospital nak jugak beranak dgn risiko tinggi.. dah bila teruk ko htr hospital jugak..ehh pelik la aku, 9 bulan ko jaga anak ko dlm perut bila nak beranak ko syok sendiri... x paham aku dgn manusia mcm gini{:dot
Quote ikanmasin 23-2-2019 04:37 PM
otak tu kalau da set pemikiran mcm tu..begitulah selamanye..
dr blajar berabis tuntut ilmu nak selamat kan pesakit..
ko sedap2 jer ckp memcm..susah nak tukar pemikiran org mcm tu
Quote makita 23-2-2019 04:52 PM
Doula yatt ni mcm sejenis ambil kesempatan. Benda ni perniagaan semata mata.
Soal tanggung jwb pada pesakit ke apa ke dia peduli apa. Janji dpt duit wpon dia kta tak dibayar.  Yg membayar perkhidmatan si doula yg x diiktiraf KKM dan dipantau IBU BAPA ni la yg patut dipadan muka kan kalau proses kelahiran tak mengikut seperti dirancang.
Quote renko 23-2-2019 05:00 PM
bodoh2 yg komen sokong dola tu
ape kecik2 dulu tertelan air ketuban kot
bodoh bahlol
Quote Yamei 23-2-2019 05:06 PM
siputsedut replied at 23-2-2019 04:04 PM
Dah habis dah makian dkt golongan homebirthing encouraged by doula ni..x reti dh aku nk kata sbb tah ...

betul tu...rs mcm buang ms kan..bebal yg semulajadi...
Quote RatuDunia94 23-2-2019 05:40 PM
Kalau gitu x guna la org belajar jd doktor sbb ujung2 doula kata beranak kat rumah dgn deols lbh baik..
Quote MissNAI 23-2-2019 06:39 PM
Sepupu meols ad yg branak kt umah pastu pegi spital jahit koyakan 3rd degree sheols
Quote dua_chzy 23-2-2019 07:06 PM
Apsal la tino Yatt @ yeti tu tak dipenjara jah.
Quote Iris. 23-2-2019 07:12 PM
Not even psychology
Quote Iris. 23-2-2019 07:13 PM
Arwah yang decided...
Quote idakamaruddin 23-2-2019 07:37 PM
cikkittydiva: ikut pengalaman sy bsalin.. kalau da sakit..sape2 pun tak boleh tlg kecuali semangat kita yg kena kuat..nurses..doktor dah cukup bg galakan utk kite p ...

yesss ni mmg btl...iols bersalin anak ke2 mmg xde jahit.. mmg nurse ngn doc bg semangat tolak belakang saya biar sy dpt push dgn btl.. pas bersalin elok je sy duk bersila..

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.089594 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top