CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tidak Disangka! Ini Antara 4 Pembunuh Wanita Bersiri Yang Paling Kejam Dalam Sejarah

25-2-2019 12:59 PM| Diterbitkan: Shellyshel| Dilihat: 4401| Komen: 6|Original author: Oleh: Black Rose

Siapa sangka wanita yang diberikan sifat penyayang boleh menjadi pembunuh bersiri. Dimanakah hilangnya sifat itu sehingga mereka sanggup membunuh manusia lain untuk memuaskan hati. Atau pun mereka mempunyai penyakit mental yang kronik.


Jika menjadi pembunuh, sudah pasti kita menyangka itu adalah lelaki. Namun tidak mungkin seorang wanita yang memiliki kecantikan sanggup melakukan perkara kejam sebegitu.


Tetapi dalam dunia ini, semuanya mungkin. Di sini adalah antara 4 pembunuh bersiri wanita yang paling kejam dalam sejarah.


1. Belle Sorenson Gunness (1859-1908)


Belle disifatkan pembunuh yang tidak berhati perut kerana membunuh mangsa-mangsanya dan mengerat bahagian tubuh badan mangsa. Dia lahir pada 22 November 1859 di Selbu Norway. Kemudian dia berhijrah ke Amerika pada tahun 1881.


Suami pertamanya mati akibat kegagalan jantung. Ada yang mengatakan bahawa yang suaminya itu diracun dan segala insurans nyawa suaminya itu akan jatuh ke tangannya. Selain daripada itu, dia membunuh anak angkat suami keduanya iaitu Jennie yang ditemui mati di kediaman Belle.


Untuk mencari mangsa lain, dia mengiklankan dirinya sendiri dalam surat khabar dan ramai yang datang ke rumahnya dengan membawa wang yang banyak untuk melamarnya menjadi isteri. Tetapi mereka hilang secara misteri tanpa jejak.


Pada tahun 1908, abang kepada salah seorang mangsa berasa curiga dan ingin menyiasat Belle tetapi sudah terlambat kerana kediaman Belle telah hangus dijilat api. Banyak tulang-temulang ditemui di sekitar kediaman itu dipercayai mangsa yang ditanam oleh Belle.


Belle telah membunuh lebih 40 orang dan juga kanak-kanak. Ada mayat seorang wanita tanpa kepala yang dipercayai Belle, namun pihak penyiasat tahu yang mayat itu hanya tipu daya Belle. Dia telah mengeluarkan kesemua wangnya di dalam bank dan hilang tanpa jejak.


2. Mary Ann Cotton (1832-1873)


Mary Ann Cotton lahir pada 31 Oktober 1832 di Low Moorsky. Pada umur 16 tahun, Mary bekerja sebagai seorang jururawat dan kembali menetap di England. Pada tahun 1852, dia berkahwin dengan William Mowbray dan dikurniakan 8 atau 9 orang anak namun tiada dokumen yang membuktikan kelahiran dan kematian anaknya. Dia telah meracuni suaminya dengan Racun arsenic. Namun, penyakit yang dihadapi oleh suaminya itu dianggap gastrik yang kronik. Selepas menerima polisi insurans suaminya itu, dia meninggalkan dua orang lagi anaknya bersama ibunya.


Kemudian dia bekerja di hospital tidak jauh dari Sunderland dan berkahwin dengan seorang pesakit bernama George Ward. Seperti suami pertama, suaminya yang kedua mati akibat racun arsenik dan polisi insurans suaminya itu jatuh ke tangan Mary.


Mary telah membunuh empat orang suaminya dan juga ramai anak tirinya. Akhirnya dia Berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.


3. The Countess Elizabeth Bathony (1560-1614)



Elizabeth seorang pembunuh bersiri wanita yang paling kejam dalam sejarah. Menurut laporan, dia telah membunuh lebih 600 lebih anak dara antara abad ke-16 dan ke-17. Wanita bangsawan ini gemar mandi dengan darah segar mangsanya dipercayai boleh mengekalkan wajah muda dan kecantikannya.


Dia akan mengumpan gadis-gadis kampong untuk bekerja di istana dan kemudiannya diseksa, dibunuh dan diambil darahnya. Akhirnya, Elizabeth berjaya ditangkap dengan beberapa orang rakan subahatnya. Dia dibawa ke Istana Cachtice dan ditanam di dalam dinding istana tersebut sebagai hukuman.


4. Dona Catalina De Los Rios Lispeguer (1604-1665)


Catalina lahir pada Oktober 1604 dan berasal dari Santiago de Chile. Dia seorang wanita yang cantik dan berambut berwarna merah. Pada tahun 1626, Catalina berkahwin dengan seorang Kolonel Spanish dan dikurniakan seorang anak lelaki. Namun anak lelakinya itu meninggal pada usia kanak-kanak lagi.


Selepas kematian bapanya, dia mewarisi kekayaan keluarganya yang banyak di Bandar Santiago. Dia terlibat dalam 100 pembunuhan, membunuh seorang paderi dan hampir membunuh ibunya sendiri. Jenayah yang dilakukannya dikaburi oleh kebaikannya dengan mendermakan asetnya untuk tujuan amal. Namun, pembunuhan yang dilakukannya tidak berjaya disabitkan hukuman sehingga dia meninggal dunia.


Dalam dunia ini, kita tidak menyangka yang wanita juga boleh membunuh dengan kejam dan Berjaya membunuh ratusan orang. Kemana perginya sifat keperimanusiaan mereka terhadap manusia lain. Mereka adalah seorang isteri dan juga seorang ibu. Adakah ini contoh yang baik untuk anak-anak mereka?


Seorang wanita sanggup membunuh demi tamakkan harta, obsess terhadap kecantikan dan demi dendam yang perlu dilunaskan. Tidak sangka wanita lebih dashyat daripada pembunuh bersiri lelaki. Disebalik kelembutan seorang wanita, terselit keberanian yang luar biasa.


Ada yang pernah berkata, jika hendak menumpaskan seangkatan tentera musuh, gunakanlah senjata yang paling kuat iaitu wanita kerana dialah madu dan dialah racun yang paling berbisa. -CARI

14

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote d_anne04 25-2-2019 04:06 PM
kejamnya....
Quote matbad 25-2-2019 08:00 PM
Super duper punya herooo..dasat
Quote mirandanicky1 25-2-2019 10:45 PM
Don't underestimate the power of women.
Quote salmon-suki 25-2-2019 11:05 PM
Alaaa..baru bbrp org je..tetap xleh lawan pembunuh bersiri lelaki..lg jahat..rogol,seksa,bunuh..at least y pmpuan2 ni bunuh terus xde nak seksa atau rogol mangsa..
Quote EvieWanKenobi 26-2-2019 07:20 AM
muka No. 4 agak kejam..
Quote Artemesiaa 26-2-2019 12:29 PM
Betul pembunuh bersiri lelaki lebih kejam pelakuannya dari wanita

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036752 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top