CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Rumah Banyak Kosong, Jadi Rakyat Malaysia Kena Hasilkan Ramai Baby"

25-2-2019 10:44 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5187| Komen: 33|Original author: Oleh: Azza




"Malaysia perlu lahirkan lebih ramai bayi demi memenuhi tuntutan industri perumahan."
Tajuk kontroversi itu diucapkan oleh Konsultan Firma Perumahan sebuah syarikat swasta, Sulaiman Saheh ketika membincangkan topik penawaran rumah yang melebihi permintaan.

Hal ini membuatkan ramai netizen berasa marah kerana ucapannya tidak bersandarkan kepada fakta sebenar iaitu sebenarnya projek perumahan terlebih mahal hingga tiada yang membeli. Apatah lagi permintaannya supaya warga Malaysia melahirkan lebih ramai bayi adalah cadangan yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Selebriti, Kudsia Kahar turut melontarkan persoalan sama lalu dipersetujui oleh netizen lain.

Kredit foto: Twitter

Dalam ucapannya juga, beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu telah diwar-warkan sejak beberapa tahun dahulu lagi iaitu populasi rakyat Malaysia masih tidak mencukupi bagi memenuhi kuota unit perumahan yang telah siap. Lebih malang ialah berlakunya pembaziran projek kerana Malaysia tidak mempunyai warga yang ramai untuk mengisi kelopongan yang sedia ada.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Kudsia juga turut menyindir projek 'membuat bayi' ini sebenarnya meliputi penjagaan kesihatan dan pendidikan. Jadi berterima kasih lah kepada rancangan yang dilakukan oleh agensi tersebut selama 18 tahun sebelum bayi tersebut bersedia membeli rumah. Itu belum termasuk lagi cabaran mengenai kecelaruan sistem masyarakat iaitu Doula dan juga doktor separuh masa. Komennya mengenai isu tersebut mendapat banyak komen daripada netizen lain yang menyatakan bahawa bukannya populasi yang jadi masalah tetapi kemampuan untuk membeli rumah yang harganya tidak logik dek akal.




Sementara itu, netizen lain turut mencabar agensi tersebut untuk menjual apartmen atau kondominium yang berharga setengah juta ringgit kepada harga yang lebih munasabah iaitu bawah RM200,000, jadi adakah akan berlaku pembaziran lot rumah atau tidak?

Jadi, cadangan supaya menambah lebih ramai anak bukanlah cadangan tepat. Ini keranan masalah sebenar belum diselesaikan lagi, tidak perlu menambah masalah baru. Ramai netizen mencadangkan supaya kerajaan menghentikan pembinaan rumah eksklusif sebaliknya menumpukan kepada perumahan mampu milik.


Kredit foto: Carian Internet

"Beli rumah mahal, sewa harga yahudi mintak lagi baby dalam keadaan keliling manusia nak kaya dengan cara menindas orang lain, tindas miskin bandar. Nak tambah lagi orang dekat Malaysia ni?

Begitulah rungutan ramai warga Malaysia terutamanya yang miskin bandar terpaksa menghadapi situasi perit di bumi sendiri. Malahan bukan warga sendiri sahaja yang merasai kesusahan ini, ia turut dipersetujui seorang warga asing yang bekerja di sini. Katanya dia terkejut dengan bilangan kondominium yang membanjiri Kuala Lumpur tetapi hakikatnya tiada siapa pun yang menginap di situ sudah menjelaskan situasi sebenar.



Nampaknya tiada penyelesaian jitu dalam menangani masalah lot rumah yang masih belum dibeli dan didiami. Jadi, cadangan merepek daripada pihak pemaju atau kerajaan hanya membuatkan rakyat marhein makin marah. Apa lah salahnya mereka mendengar suara kita, tetapi itulah apabila wang mengatasi segala-galanya, semua dengan mudah dilupakan begitu sahaja. - CARI 



5

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 25-2-2019 10:54 AM
bleh jer dgn syarat

ko tanggung mkn n pelajaran baby2 tu

then bg umah free
Quote Orix 25-2-2019 10:55 AM
Malaysians need to make more money laaaaaa bukan babies......... aiyooo
Quote runiadreamer 25-2-2019 11:03 AM
harga yahudi mana maunyaaa, cer kau buat harga mampu milik takde la membazir... tgk rege rumah sekarang pon boleh pengsan oo menanggung hutang sampai mampus tk habis bayar , kerja sbb nk bayar hutang je..

Quote sinalegna 25-2-2019 11:03 AM
Lawa pulak si Kudsia ni
Quote ninjago 25-2-2019 11:05 AM
lama lagi properties nak pick up kat Malaysia nie. memang tak la dorg nak turunkn harga kaw2 at least in 5 years to come or even more.
Quote msdummy.2018 25-2-2019 11:10 AM
Ni kudsia yg era tuh ker?
Quote cikgujun 25-2-2019 11:31 AM
Harga rumah kat Malaysia ni ridiculous, so absurd! Boikot je, not worth it to buy 20x60 for half a million, giler apa kat Beranang kut
Quote Cemay 25-2-2019 11:39 AM
Suruh bank bagi buat 100% loan, and bagi kelongaran untuk peminjam dari pekerja swasta sikit.
harga rumah macam hanat.
Quote idakamaruddin 25-2-2019 11:43 AM
one of the reason why i stop conceive

Quote idakamaruddin 25-2-2019 11:44 AM
Cemay replied at 25-2-2019 11:39 AM
Suruh bank bagi buat 100% loan, and bagi kelongaran untuk peminjam dari pekerja swasta sikit.
harg ...

iols beli tanah mur mur kt kg sbb tua nnt nk buat rumah kecik2 untuk hbskan sisa hidup hahahaha
Quote eimila 25-2-2019 11:49 AM
Pemaju ni rela biarkan rumah terbiar daripada jual dgn harga lebih murah..huhu..kesian la generasi sekarang harga rumah dh mahal melampau
Quote intan_smsb 25-2-2019 12:09 PM
baby pun banyak bersepah org buang
Quote annehuda 25-2-2019 12:13 PM
malaysian nk rumah mampu milik bukan mampu tgk je.  ni rumah harga hampir setgh juta pun dikatenye mampu milik lg. sape yg mampu tu?
Quote kakaro940 25-2-2019 12:23 PM
ko ingat kos baby ni murah ka?? seringgit 2 ringgit?? pampers susu ingat free?? korang turunkan ja la harga rumah tu
Quote AbukRokok 25-2-2019 12:56 PM
demi memenuhi tuntutan industri perumahan



WTF
Quote pokaibanktokyo 25-2-2019 01:37 PM
Bodohnya  bijik kelepet sulaiman saheh. Padan la kaum mamak semua miskin mundur. Bodoh tahap sial
Quote lee_sakura 25-2-2019 02:16 PM
rumah byk kosong sbb rakyat malaysia tak mampu beli...bukan sbb anak sikit...skrg ni bank plak tak luluskan pembelian rumah bwh 100k...kesian rakyat malaysia
Quote kroit92 25-2-2019 02:29 PM
terdiam aku baca statement bodoh macam ni

duit masalahnya paham dak? duit, DUIT
gaji kecik, semua benda mahal
orang tak beranak sebab takdak DUIT
nak beli rumah pun takdak DUIT

zaman la ni, orang ada kerja pun, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
itu pun tak tentu. kais-kais lepas tu ikat perut, tak makan nasi dua hari, bercatu makanan
yang kaya terus kaya, lepas tu tindas dan memperbodohkan orang miskin
orang miskin bertambah miskin, lepas tu disekat social mobility, tak boleh keluar dari kepompong kemiskinan
Quote makkenits 25-2-2019 02:47 PM
org bukan tak nak beli umah.. tp harga melampau2.. ko plak suruh tambah anak supaya anak2 tu blh beli umah or mak bapak beli umah lain sbb keluarga makin besar??!!! ehhh.. bodoh ke apa.. ko ingat nak bela anak2 ni murah ke? kalo ikut kos aku bela anak2 aku skrg ni, kos sama dah dgn monthly installment utk umah 2 tingkat semi D kat penang tau... tapi bila dah tolak duit anak2, aku mampu beli umah teres je... their education and well being is more important.. asalkan ada umah yg selesa wpun x besar mana pun dah cukup... kalo ada rezeki lebih baru upgrade umah...

aku rasa mamat yg keluarkan statement ni kena masuk tadika balik... anak aku yg dok kat tadika pun lagi cerdik rasanya..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.135550 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top