CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Ala Macam Elite Dulu La" - Abby Abadi Tegur Pemakaian Blackpink, Netizen Beri Reaksi Negatif

25-2-2019 01:31 PM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 7706| Komen: 30|Original author: Oleh: Myeonir

Pada hujung minggu baru-baru ini, berlangsung konsert kumpulan wanita Korea yang sangat popular di Malaysia iaitu Blackpink. 

Memang laku keras konsert ini kerana kesemua tiket untuk kedua-dua hari habis dijual. Stadium Melawati Shah Alam telah dibanjiri oleh peminat fanatik mereka kerana ini adalah buat julung kalinya mereka mengadakan konsert di Malaysia.


Pun begitu, dalam keseronokan itu, Abby Abadi telah melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana merasakan pemakaian ahli kumpulan Blackpink ini sangat seksi dan tidak mematuhi etika.


Menerusi kapsyen yang disertai bersama video tersebut, Abby Abadi mempersoalkan kenapa kumpulan Blackpink terlepas memakai pakaian yang seksi walhal konsert Selena Gomez sebelum ini tidak dibenarkan membuat persembahan di Malaysia kerana tidak mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan.

Rata-rata netizen mengkritik pendapat selebriti itu dan dia juga tidak mendiamkan diri dan membalas komen-komen tersebut.

Kredit foto: Instagram
Setelah menerima pelbagai respon negatif dan berita tersebut disiarkan oleh blog terkenal, Abby Abadi telah tampil dan menyelar kenyataan mereka yang salah.


Dia menyatakan bahawa dia tidak membantah konsert tersebut cuma hairan kenapa etika pemakaian bagi semua artis luar negara yang berkunjung ke Malaysia tidak diselaraskan.

Abby Abadi juga mengingatkan bahawa peminat Blackpink supaya tidak taksub dan membela perkara yang haram.

Apa pendapat anda tentang isu ini? -CARI

5

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote huehue 25-2-2019 02:12 PM
I sapot sheolls voley? Sbb sheolls mempersoalkan kenapa selena tak lepas, tp blackpink lepas. Mcm.. apa beza selena dgn blackpink? Sama je seksi dua dua. Tiberrrr.

Lain lain perkara sama ada unsur politik dsb, i tak tahu.


*Lagu blackpink ni best juga kadang kadang tp i tak suka jennie kekwat. Please jgn kecam iolls wahai blink sekalian.
Quote rosevelvet 25-2-2019 02:30 PM
Netizen reti nk hamput jer. Bc la dulu isinya.
Quote melinda_kerr 25-2-2019 03:33 PM
Hahaha begaduh dgn peminat kpop sampai kiamat lah tak habis.
Quote ramaramu 25-2-2019 03:38 PM
yebby diam je lahhhh
Quote kaklong32 25-2-2019 03:54 PM
ko ckp apa pon org bash so diam je la bakyah oi
Quote Victorioussss 25-2-2019 04:02 PM
Kecoh
Dorg much better ok dari elite xelite sgt la dlu

Dun wory lisa, i backup u
Quote fazamania 25-2-2019 06:03 PM
Yg menghentam abby abadi majoriti bukan peminat kpop tapi menghentam kisah silam beliau.

Babi betul perangai betina2 bertudung mcm ni. Abby abadi tegur sebab nak ke arah kebaikan.
Quote KucingBiru 25-2-2019 06:17 PM
Aku dah selamat kena block dgn arbaiyah dulu sebab dia ada kutuk baju yang Mizz Nina keluarkan dan aku backup mizzz nina.

Like heloooo mizz nina takde pun kacau kau dia baik baik je buat hal sendiri takde pun dia sound kau itu ini.

Quote KucingBiru 25-2-2019 06:18 PM
fazamania replied at 25-2-2019 06:03 PM
Yg menghentam abby abadi majoriti bukan peminat kpop tapi menghentam kisah silam beliau.

Babi bet ...

Yezza mmg agak piggie kan geng ni baru hijrah sekejap tapi tangan tak tahan nak dakwah(katanya) dgn bashing people yang dulu dia pun mcm tu.

Quote Piramida 25-2-2019 06:28 PM
Conclusion... jenis yg dia je nak menang... menjawab je kerjanya... syukur lah kau dikelilingi org2 yg faham dan dah masak dgn sikap kau tu..
Anyhooo apa2 komen +ve dan membina pasal agama ai sokong.
Quote misssakura 25-2-2019 06:40 PM
abby dah kurus ke? mcm dah kurus sikit.
Quote MadameOnion 25-2-2019 08:22 PM
Edited by MadameOnion at 25-2-2019 08:24 PM

Cari pasal dgn k poppers tegar mmg takkan menang kak bakyah.. takut dorang boycott drama gerak khas nanti mmg boleh jatuh rating
Quote lazim 25-2-2019 08:29 PM
Actually betul la abby ckp masa selina gomez,jadah tu kepoh pas nk solat hajat lah berlebih2 menggelupur. Yg sentap selain bdk kpop acik2 pas sebenarnya. Tang blackpink x berguleng plk nk solat hajat. X pyh plk ikut guide line berpakaian mcm selena dgn acik mariah kena. Pas x knl blackpink kot
Quote mirandanicky1 25-2-2019 10:41 PM
Makcik Arbaiyah at least  diaorg tu kapir nk seksi camane pun. Yg uols elite dulu tu terang lagi bersuluh islam muslim sejak azali. I think sometimes you kena blajar berdiam sikit.
Quote kiah_mai_pulak 25-2-2019 11:51 PM
Tp zaman2 elite dulu, bakyah lah yg paling sopan
Quote danieladam 26-2-2019 12:25 AM
Utk point kenapa selena tak boleh, sedangkan blackpink boleh, iols sokong statement kak bakyah. Kejadah pulak smpai pegi ke Pas berguling2 nak solat hajat segala bagai? Dah sah2 kementerian berkenaan lemau, x reti selaraskan guideline retis luar datang malaysia. Pas guling2 atas jalan mcm menteri agama mujahad satu ketika dlu pon x dapat merubah apa pon. Mujahad dulu dok berguling bak dugong tgh jalan pon lepas dapat kuasa x boleh nak bersuara bab gini, inikan pulak Pas yg xde kuasa. Bias muchhhh...
Quote bambimbom 26-2-2019 07:26 AM
Gigih la bakyah menjawab satu2 komen netizen, ade satu tu dia reply kan dah kena block, kesian.. ala mcm mati la klu tak dpt tgk ig ko.. padahal boleh je create ig baru semata2 nak maki ko, lg satu org kalau nak maki bukan kat ig je bakyah oit..
Quote nashlolo 26-2-2019 08:31 AM
tak tau la macam mne boleh lepas eh. belum acik abbys nengok lisa menari part dia sorang. tergesek gesek atas lantai. tp bukan boleh nk put on blame dekat artist nya pun. tu ha gi serang penganjur.
Quote MissCarcosa9753 26-2-2019 08:47 AM
Dia xserang black pink pun
Dah Napa Fans nak terasa

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.098821 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top