Makan makanan yang disediakan di rumah adalah jauh lebih baik berbanding makan di restoran. Hatta makan di restoran mahal sekali pun, kita tidak dapat mengelakkan risiko keracunan makanan dan sebagainya.
Malang tidak berbau bagi seorang wanita berusia 46 tahun, Maria Jesus Fernandez Calvo, apabila meraikan hari lahir suami tercinta di sebuah restoran di Sepanyol bersama anak mereka yang berusia 10 tahun. Maria telah memesan hidangan nasi dan kulat morchella di Restoran RiFF di Valencia, yang terkenal dengan inovasi makanannya. Hidangan cendawan yang dipesannya itu adalah hidangan istimewa yang mesti dimasak sempurna, jika tidak ia adalah beracun.
Namun begitu, sehari selepas makan kulat tersebut, Maria didapati muntah-muntah serta cirit-birit yang berterusan sehingga dia meninggal dunia pada pagi itu. Sebelas lagi pelanggan yang memesan hidangan sama termasuklah suami dan anak Maria, turut mengalami simptom yang sama. Sampel bahan makanan itu telah dihantar ke Institut Toksik Kebangsaan untuk uji kaji. Kulat itu terkenal di Perancis tetapi ianya tidak boleh dimakan mentah kerana ia mengandungi toksin yang terlalu tinggi. Kebiasaannya, chef yang memasak kulat ini akan mengeringkannya terlebih dahulu sebelum membasahkannya kembali dengan air atau susu, kemudian memasaknya dengan sempurna. Justeru, siasatan lanjut dilakukan di restoran RiFF untuk mencari punca sama ada ia adalah kesilapan dari pihak tukang masak yang tidak memasak cendawan itu dengan sempurna mengakibatkan ia beracun dan tidak boleh dimakan. Pemilik restoran tersebut yang merupakan chef terkemuka turut bekerjasama dengan menutup restorannya sehingga siasatan selesai. Dia turut terkilan dan sedih dengan apa yang menimpa Maria. Restoran Riff menerima penarafan bintang Michelin pada 2009. Semoga keluarga Maria bertabah dengan pemergiannya dan diharapkan restoran-restoran di luar sana lebih berhati-hati selepas ini agar kejadian sebegini dapat dielakkan. -CARI
|
3
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 25-2-2019 01:02 PM
Skang i xleh mkn cendawan tiram. Mesti cirit birit.. Sebelum ni bli cendawan kt situ gak elok je mkn ...
puteribaya replied at 25-2-2019 01:05 PM
kadang2 bukan pasal makanan pun..ada masanya perut kita ni sensitif walaupun makanan tu yg biasa k ...
pearl.silver replied at 25-2-2019 01:40 PM
Kne try bli cendawan kt kedai lain plak.. Klu masih cirit birit.. Ok serender x mkn cendawan dah.. ...
puteribaya replied at 25-2-2019 01:05 PM
kadang2 bukan pasal makanan pun..ada masanya perut kita ni sensitif walaupun makanan tu yg biasa k ...
precious_chicas replied at 25-2-2019 10:41 PM
kalau di mid east, setiap kali lepas hujan, tunggu la a week pastu akan tumbuh cendawan dari bawah t ...
ADVERTISEMENT