Artis yang kini usahawan berjaya, Dato' Dr. Boy Iman mengumumkan bakal menerbitkan buku-buku tulisannya sendiri untuk berkongsi kisah hidup dan tips-tips pemasaran yang mendedahkan rahsia kejayaan perniagaannya.
Menurut Pengarah Dbi Group yang pernah menerima segulung Ijazah Kehormat (PhD) daripada sebuah universiti di Chennai India ini , buku pertama tulisannya berkaitan kisah hidupnya yang bermula dari bawah dan pengalamannya mengalami dan mengatasi masalah seperti tidak bermotivasi, stress, difitnah, down, negatif dan banyak lagi halangan lain sehingga berjaya.
Manakala buku kedua pula berkaitan dengan bidang pemasaran yangs sesuai untuk usahawan yang baru menceburkan diri dalam perniagaan. 'Buku kedua ini mendedahkan rahsia bagaimana saya boleh buat sales dalam bukan bidang saya, bukan minat saya tetapi saya boleh buat rm15 juta dalam masa 9 bulan, rm10 juta dalam masa 4 bulan dan beratus ribu sahaja dalam masa tak sampai sebulan,' katanya Draft muka depan untuk kedua-dua buku tulisannya itu telah siap dimuat naik di Instagramnya dan meminta pandangan pengikutnya. 'Saya ingin pendapat anda untuk tahu apa anda pilih, anda suka tengok di muka depan buku saya..mana yang bagi anda menarik dan tertarik,' tulisnya. Bagaimanapun, buku-buku ini hanya akan diterbitkan selepas Dato' Dr. melepasi 'dugaan' yang melandanya syarikatnya. 'Saya akan terbitkan apabila saya berjaya melepasi "dugaan" yang melanda diri saya dan syarikat saya, Dbi Technology Sdn Bhd hingga mengakibatkan kejatuhan empayar Dbi yang dikenali sebagai Dbi Group,' terangnya. Dipercayai 'dugaan' yang dimaksudkan oleh beliau ialah tuduhan kes penipuan perumahan kos rendah melibatkan jumlah RM6.2 juta, di mana syarikatnya dikatakan menawarkan rumah berharga RM60 000 kepada ramai mangsa tetapi pembinaannya tidak dijalankan selepas pembayaran diterima. Dia yang pernah ditahan polis selama 18 hari untuk membantu siasatan bagaimanapun menafikan semua dakwaan ini. Persoalannya, adakah kisah kejayaan dirinyua yang banyak terpalit kontroversi negatif akan melariskan buku-buku tulisannya? Atau, adakah kontroversi itu akan membuatkan mereka ragu-ragu untuk membelinya? Apa kata anda? -CARI .
|
6
Bagus |
8
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 25-2-2019 12:51 PM
Semoga berjaya juga kpd peminat yg beli buku dia nanti...
ADVERTISEMENT