CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Beradik Diabai Bapa Sampai Tak Reti Bercakap, Tak Tahu Nama

26-2-2019 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5656| Komen: 33

Seorang lelaki ditahan kerana didapati mengabaikan lima anaknya hingga mereka tidak boleh bertutur seperti kanak-kanak normal lain.

Memetik Mirror, Robert Preston dilaporkan meninggalkan anaknya berusia dua tahun dan lima tahun termasuk kembar berusia tiga tahun tanpa pengawasan orang tua di sebuah apartmen yang tidak terjaga di Dallas, Texas.



Kredit foto: Mirror

Lebih menyayat hati, apabila polis menyerbu rumah Preston pada 16 Februari, kanak-kanak itu merujuk kepada satu sama lain sebagai 'Robert' kerana mereka tidak tahu nama mereka sendiri.

Menurut polis, kesemua mangsa hanya berkomunikasi dengan menjerit dan menggunakan isyarat tangan.

Selain mengabaikan mangsa, Preston dikatakan turut membataskan hubungan anak-anaknya dengan dunia luar.

Salah satu laporan polis menggambarkan keadaan rumah berkenaan yang busuk, kotor dan tidak dijaga selain pelbagai jenis botol arak yang terbiar di atas lantai.

Rumah itu juga diselubungi bau hancing dan busuk, malah bilik air dipenuhi najis yang dipercayai tidak dipam selama beberapa minggu.

Difahamkan, polis menerima aduan berhubung kejadian sebaik seorang jiran, Catherine Slade menyedari salah seorang daripada kembar terbabit berkeliaran di ruangan tempat letak kereta apartmen berkeaan dalam keadaan menggigil.


Kredit foto: Mirror/KXAS

Catherine yang tinggal di kompleks sama berkata, dia sangat terkejut dengan keadaan menyedihkan kanak-kanak itu.

Preston didakwa dengan empat tuduhan membahayakan kanak-kanak dan ditahan di penjara sebagai ganti ikat jamin ASD80,000 (RM325,744).

Anak-anaknya kini berada dalam jagaan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak. - CARI
5

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ms.mango 26-2-2019 07:36 PM
kesiannyaa anak2 tu....
Quote batmana 26-2-2019 08:22 PM
lama benar jiran nk perasan
Quote fazamania 26-2-2019 09:51 PM
batmana replied at 26-2-2019 08:22 PM
lama benar jiran nk perasan

Mungkin sebab wifi rumah disconnected dan jiran itu baru kembali ke alam nyata.
Quote Suchi 26-2-2019 11:09 PM
Siannya mujur tade ‘Mama’ datang jaga budak2 tu.
Teringat kawan sekolah mak ayah dia bisu n dia org susah menumpang kat kg iols
Dia pun mcm ada masalah speech delay susah nak paham dia ckp  susunan ayat tak betul skit
.bila dah sekolah jumpa ramai org baru ok sbbnya mak pak dia bisu takde yg komunikasi ngn dia dr baby kan.
Quote kroit92 27-2-2019 12:12 AM
Suchi replied at 26-2-2019 11:09 PM
Siannya mujur tade ‘Mama’ datang jaga budak2 tu.
Teringat kawan sekolah mak ayah dia bisu n dia o ...

"Mama"??
adakah ini sesuatu keseraman?
Quote AyaqMeloSuam 27-2-2019 01:39 AM
Suchi: Siannya mujur tade ‘Mama’ datang jaga budak2 tu.Teringat kawan sekolah mak ayah dia bisu n dia org susah menumpang kat kg iolsDia pun mcm ada masala ...


Sedeyhhh crita 'mama' tu.. hantu pn sygkn ank...
Quote Suchi 27-2-2019 06:50 AM
kroit92 replied at 27-2-2019 12:12 AM
"Mama"??
adakah ini sesuatu keseraman?

Yaaaa laaaa mcm pilem itu huhu
Quote Suchi 27-2-2019 06:51 AM
AyaqMeloSuam replied at 27-2-2019 01:39 AM
Sedeyhhh crita 'mama' tu.. hantu pn sygkn ank...

Kan.. sbb hantu tu pun anak dia mati gak
Quote kroit92 27-2-2019 01:18 PM
Suchi replied at 27-2-2019 06:50 AM
Yaaaa laaaa mcm pilem itu huhu

tak tau, tak pernah dengar, belum tengok lagi. apa tajuk ceritanya? Mama jugak ke?
Quote dinopower2 27-2-2019 01:20 PM
mcm sohai kepamz flat earth jah
tp ade gak forumer yg bingai stuju lifestyle mcm tu haha
Quote AyaqMeloSuam 27-2-2019 02:59 PM
Suchi replied at 27-2-2019 06:51 AM
Kan.. sbb hantu tu pun anak dia mati gak

Sedeyyyy.. aku nangeh2
Quote Artemesiaa 27-2-2019 03:05 PM
Sian macam duduk dalam hutan anak2nya dinafikan hak untuk dapat pendidikan
Quote shernazz 27-2-2019 09:07 PM
dinopower2 replied at 27-2-2019 01:20 PM
mcm sohai kepamz flat earth jah
tp ade gak forumer yg bingai stuju lifestyle mcm tu haha

Sapa yg stuju??
Mohon sreenshot
Quote xtahumenahu 27-2-2019 09:14 PM
Suchi replied at 27-2-2019 06:50 AM
Yaaaa laaaa mcm pilem itu huhu

Cite mana tuh?tajuk pleaseee
Quote CharlesDera 27-2-2019 09:24 PM
bagikan nama katowjobor aka katowjo, abangberukz aka abangbikerz, otakkuning85 aka otaku85...wakakakakakakakakakak

dan tak lupa mangkaq5 aka m5...wkakakakakkakakakaka
Quote ikanmasin 27-2-2019 11:40 PM
AyaqMeloSuam replied at 27-2-2019 01:39 AM
Sedeyhhh crita 'mama' tu.. hantu pn sygkn ank...

apa tajuk cerita tu..berminat pl nak tgk..tq
Quote AyaqMeloSuam 28-2-2019 09:43 PM
ikanmasin replied at 27-2-2019 11:40 PM
apa tajuk cerita tu..berminat pl nak tgk..tq

Mama nama ceritanya sis.. mmg sedey
Quote clarizsa 28-2-2019 09:48 PM
Mak budak2 tu dah mati ke?
Org cmni pun tuhan bagi anak ramai n kembar lak tu

Why god why???????????
Quote ikanmasin 1-3-2019 10:14 AM
AyaqMeloSuam replied at 28-2-2019 09:43 PM
Mama nama ceritanya sis.. mmg sedey

ok tq bebanyak..ye ke tp menarik hati nak tgk sbb hantu lg bagus dr maknye..
tu beria nak tgk jg

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.168960 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top