Lumrah mencari pekerjaan, pasti ada ranjau dan durinya. Bermula dengan menghantar 'resume' hinggalah panggilan temuduga, semuanya ada fasa tertentu. Namun, jika pihak majikan pula yang menetapkan tarikh temuduga mengikut kelapangannya, bagaimana pula dengan orang yang mahu ditemuduga? Perlukah dia mengikut atau melupakannya? Begitulah yang terjadi kepada wanita ini. Asalnya ingin mengadu mengenai sikap pencari kerja ini yang disifatkannya kurang ajar, namun sebaliknya berlaku apabila dia pula dikecam kerana mendedahkan perbualan tersebut.
Netizen berpandangan banyak kesalahan dalam perbualan tersebut. Antaranya ialah kenapa pihak Sumber Manusia (HR) menghubungi pencari kerja pada jam 9 malam sedangkan ianya perlu dilaksanakan dalam waktu pejabat sahaja? Persoalan seterusnya ialah sudahlah menghubungi pada malam dan temuduga pula adalah keesokan harinya mestilah membuatkan keadaan jadi huru-hara. Lebih parah ialah kenapa mendedahkan perbualan tersebut di media sosial? Ia sudah melanggar etika! Sementara itu, ada netizen pula menyatakan ianya salah kedua-dua pihak. Ini mungkin kerana pencari kerja hendak menukar masa dan sebagainya, tetapi ia dipatahkan oleh pihak HR yang sangat emosi. Keadaan sebegini sepatutnya tidak berlaku kerana tiada profesional dalam perbualan Whatsap tersebut. Jika inilah yang berlaku pada HR syarikat tersebut, pastinya huru-hara perjalanan syarikat. Bagaimanapun, HR yang dimaksudkan akhirnya menjawab pertanyaan netizen dengan menyatakan ianya tidak menjadi kesalahan kerana syarikat mereka adalah kedai baju sahaja. Jadi, masa bukanlah masalah utama. Adalah tidak wajar netizen mengecamnya apabila tidak tahu cerita sebenar. Akan tetapi, sekali lagi dia dikecam kerana masalah syarikat besar atau kecil bukan ukurannya. Hal ini perlu dilakukan beberapa hari awal supaya pencari kerja boleh membuat persiapan dalam temudugan walaupun hanya kedai baju mengikut bicara HR tersebut. Ada pula netizen yang bergurau menyatakan itu adalah syarikat di Eropah yang waktunya berbeza daripada Malaysia. Tidak mengira syarikat besar atau kecil, budi bahasa perlu lah dijaga supaya kita mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Atau, ada ke forumner yang menghadapi situasi seperti ini, malam diberitahu dan esoknya ada 'interview'? - CARI |
prettyuglybabe replied at 27-2-2019 11:52 AM
nama pun kedai baju kecik..
mana ada post hr bagai..
dia lah admin dia lah account dia lah segala. ...
mdhelmi replied at 27-2-2019 11:35 AM
xde pelik sgt situasi tu
ada je HR keje sampai mlm
yg pelik calon tu xbole nk cakap elok2
ADVERTISEMENT