CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Uri Dibiar Kering Di Sebelah Bayi, Ibu Bersalin Meroyan Lepas Guna Khidmat Doula

27-2-2019 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14623| Komen: 150|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang pemilik spa tampil berkongsi pengalaman berurusan dengan beberapa pelanggan yang bersalin di rumah dengan menggunakan khidmat doula.

Suryani Zakaria yang juga pengasas Ashrisz Spa menceritakan kisah pelik beberapa pelanggan yang menempah pakej berpantang darinya supaya tiada lagi orang lain yang terpengaruh dengan dakyah sesat doula.


Menurut apa yang diceritakan, dia terkedu saat menerima gambar bayi dari suami salah seorang pelanggan.

"Saya terkedu melihat keadaan bayi yang masih tidak dipotong tali pusatnya dari uri. Hampir 10 tahun berniaga ini kali pertama saya tengok kes begini.

"Uri itu dibiarkan kering di sebelah bayi yang tidak berbaju atas alasan tali pusat akan lebih cepat tanggal."

Kredit foto: Facebook

Semasa ibunya diurut, bayi tersebut tidak henti-henti menangis.

"Ahli terapi beritahu baby menangis tak henti, mungkin kembung perut disebabkan tidak berbaju. Namun ibunya kata bayinya sihat kerana dia menganggap bayi sakit takkan menangis.

"Bayi itu juga dibiarkan tidur dalam keadaan meniarap sepanjang hari dan cuma beralaskan kain batik.

"Uri tidak ditanam selagi tali pusat tidak tertanggal, kering dan berbau. Mereka percaya bayi perlu ditemani uri yang juga 'kembarnya' sehingga bayi menyusu dengan baik.

Lagi teruk, si ibu menunjukkan simptom meroyan.

"Dia ketawa dan senyum sorang ketika diurut. Leboh menakutkan, bila dia tenung ahli terapi saya, namun si suami tidak membawanya ke hospital.

"Ini kerana doula melarang si ibu mengikut sebarang amalan yang diajar oleh ahli terapi kerana mendakwa doula lebih terlatih dan berpengetahuan mengenai hal ibu sebelum dan selepas bersalin.

Satu lagi kes melibatkan seorang wanita yang terbaring lemah selapas bersalin dengan menggunakan khidmat doula.

"Si suami call last minute minta urutan segera sebab isteri dia bersalin di rumah. Saya hanya terfikir mungkin tak sempat pergi hospital.

"Sampai di rumanya, ibu terbaring lemah lepas bersalin hari kelima. Kebiasaannya hari kelima ibu dah kuat untuk duduk tapi si ibu tak boleh duduk sebab dia kata sakit.

"Bila pegang nak urut, si ibu cakap tak tahan, pegang sikit pun dah sakit. Badan dia lemah, luka koyak sampai ke punggung dan tak ambil sebarang ubatan.

Tambahnya ibu tersebut beritahu yang dia bersalin di rumah dengan kaedah 'nature birth' dan dalam keadaan doggy style.

Doula kata rengat yang dialami oleh ibu bersalain akan baik sendiri dan tak perlu buat apa-apa.

Suryani turut terkilan kerana doula tidak berada di rumah wanita itu tetapi ajarannya masih diikuti.

"Saya pun tak faham kenapa bersalin di hospital itu tak natural. Mereka yang bersalin guna doula ni rumah yang kami pergi semua tahap orang cerdik pandai...gaji mahal.

"Macam mana ya mereka boleh guna khidmat doula? Sebab doula ini bukan calang-calang orang juga. Biasanya cerdik pandai nak banding kami yang tukang urut ini." -CARI
4

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • edmorita79

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 27-2-2019 12:02 PM
dodoulagemok...wakakakakakakakakaka
Quote haryatie 27-2-2019 12:09 PM
dpt suami pun bodoh
elok la tu
Quote beautifulorchid 27-2-2019 12:18 PM
ape gileee tak pakaikan  anak tu baju....dah la tu dibiarkan menangis tak henti... ape bodo diorang ni..bazirkan duit kat doula beribu..bersalin kat hospital kerajaan pun tak semahal ko bayar doula ..yang laki pun bodo nak mampusss..mohon berhentila repoduse..tak pun please la bunuh diri
Quote noor2 27-2-2019 12:21 PM
Sendiri upah doula. ..sendiri yg meroyan. ...pi saman jela doula tu. ...meroyan dapat apa. ...
Quote Malaysia.Doom 27-2-2019 12:23 PM
Melayu kan b*do*h
Quote ninjago 27-2-2019 12:25 PM
omaigod... camane si suami tu boleh biar je isteri dia tahan kesakitan camtu?? yg baby tu tak berbaju sentiasa camtu kesiannya i can't brain dgn common sense manusia2 nie. taksub sgt nak natural birth tapi ilmu pun tak cukup
Quote runiadreamer 27-2-2019 12:26 PM
eee biar je uri camtu? makhluk halus bukan suka ke dengan bnda darah2 camtu
Quote NazRysha 27-2-2019 12:27 PM
tak yah salahkan doula
salahkan makbapak bodoh ni
Quote akakdendeng 27-2-2019 12:28 PM
kesian nya kat baby tu...sedih tgk.  apa kebodoh drg ni percaya kat doula ajaran sesat.
Quote kucingitam 27-2-2019 12:33 PM
kesianlah baby tu...
Quote zuriey 27-2-2019 12:36 PM
Baby duduk dlm air ketumban pun suhu suam2 gitu..ni pantek apa di biar tak berbaju mcm tu sejuk la..mendidih dgn manusia bodoh mcm ni..elok di mandulkan..uri tu daging boleh membusuk kalau tak tanam..mmg menangis la budak tu di kelilingi jin syaiton dok jilat2 darah dkt uri tu..
Quote monolog 27-2-2019 12:37 PM
geram lah pulak...aduhai macam mana lah benda logik pun xleh pikir

Quote CardiGans85 27-2-2019 12:41 PM
Luka koyak sampai ke punggung? Gila.

Kawan aku ade bersalin terkoyak mcm ni sebab terberanak dalam rumah. Suami ms tu sangkut jammed blk keje, yela sebab due awal dr tarikh. Mmg tak expect.
Quote EvieWanKenobi 27-2-2019 12:42 PM
moga rakyat peka dan berfikiran lebih rasional..
Quote CardiGans85 27-2-2019 12:51 PM
zuriey replied at 27-2-2019 12:36 PM
Baby duduk dlm air ketumban pun suhu suam2 gitu..ni pantek apa di biar tak berbaju mcm tu sejuk la.. ...

Lotus birth nampak gaya ni. Klu Omputih letak herb mcm rosemary pd uri tu.

Aku mmg x lalu la. Minta2 la keturunan aku xde yg perangai pelik mcm ni. Pernah juga terjumpa manusia simpan uri dlm peti ais rumah sampai 40 hari. Ni pun aku tak faham.
Quote notyghosty 27-2-2019 12:52 PM
ni konfem anak nya x diambil vaksin ni...dah beranak kat rumah, x pegi2 spital...apo la nk jadi... aiiihhh
Quote dinopower2 27-2-2019 12:52 PM
CharlesDera replied at 27-2-2019 12:02 PM
dodoulagemok...wakakakakakakakakaka

spesis flat earth... spesis anti vax...
diorg ni kaki belit...
Quote hotmak 27-2-2019 12:53 PM
nak gentle birth sangat, luka sampai ke punggung , apalah dlm fikiran dorang ni ye, mujur lah tak mati ibu & anak tu
Quote NeckPillow 27-2-2019 12:54 PM
pengotor

enough said.
lepastu meroyan.

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063879 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top