CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Biar Bayi 4 Bulan Mati Dizalimi Nenek

27-2-2019 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3104| Komen: 7

Seorang lelaki dipenjara 12 tahun selepas didakwa membiarkan ibunya membunuh anaknya yang baru berusia empat bulan.

Memetik METRO, sebelum dibunuh, bayi malang itu sempat diseksa neneknya dengan kejam.




Difahamkan, wanita terbabit menyapu bahan kimia berbahaya pada gusi bayi itu, dan mencederakannya menggunakan penyepit kecil (tweezers).

Roberto Archuleta, 34, dijatuhkan hukuman itu pada Isnin kerana membiarkan Sandra Archuleta menzalimi anaknya, Donovan (4 bulan) di rumah mereka di Greely, Colorado.



Sementara itu, Sandra, 55, dipenjara 24 tahun pada Januari lalu selepas dikaitkan dengan hasil ujian DNA pada penyepit berkenaan yang menyebabkan tubuh mangsa dipenuhi lebam.

Selepas kematiannya pada Ogos 2015, hasil pemeriksaan mendapati terdapat luka bakar akibat bahan kimia pada wajah, mulut dan gusinya.

Doktor juga mengesahkan bahawa Donovan meninggal dunia akibat jangkitan sepsis selepas mengalami patah tulang rusuk.

Menurut Greely Tribune, Donovan didera selama hampir seminggu selepas ibu bayi itu, Angelica Chavez, 31, meninggalkannya di rumah yang dikongsi Archuleta bersama ibunya.


Sandra dan Angelica
Kredit foto: METRO

Ketika disoal siasat, Sandra mengakui dia kononnya menggunakan cuka dan hirisan kentang untuk meredakan demam bayi itu.

Bagaimanapun, pendakwa Ben Whitney menyangkal dakwaannya itu dan berkata, hasil ujian DNA pada penyepit berkenaan membuktikan kekejaman yang dilakukan terhadap bayi terbabit.

Ketika Angelica kembali untuk mengambil bayi itu, dia menunggu beberapa jam sebelum menghubungi ambulans.

Menurut laporan, Angelica bagaimanapun didakwa turut terbabit dalam menyebabkan kematian bayi berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun. - CARI
5

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayra.e 28-2-2019 02:05 AM
Nenek dari neraka.
Quote chicozinn 28-2-2019 10:47 AM
ni msti jnis antivaxx xsuka dgar budak menangis merengek2 pstu xnk hnta klinik n wt ubat sndri..babi!!
Quote EvieWanKenobi 28-2-2019 10:55 AM
kejamnya.. mesti terseksa sampai mati..
Quote ayyyyangg 12-4-2019 10:31 AM
Kejamnya nenek dia.  Ni mesti kes marahkan menantu, cucu jadi mangsa
Quote AwanCikDania 12-4-2019 10:37 AM
Nenek. Kenapa lah perangai mcm setan. Ada masalah mental ke.
Quote notyghosty 12-4-2019 11:14 AM
cannot brain!! ni manusia ke setan??
Quote fifie_olin 12-4-2019 11:44 AM
ambik brg kaaa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040987 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top