Kita biasa mendengar kisah-kisah jemaah Haji yang pulang ke tanah air dengan cerita mistik dan luar biasa yang berkaitan dengan kisah lampau mereka. Kisah tidak nampak Kaabah, tiba-tiba demam panas, kasut hilang dan pelbagai lagi antara rentetan peristiwa yang didengari. Tidak terkecuali cerita itu dipaparkan di media sosial hingga membuatkan orang bukan Islam memandang serong kerana menganggap Islam agama pendendam. Benarkah begitu? Seorang netizen membawa persepsi berbeza dalam konteks ini. Bahawa kisah-kisah aneh ini sebenarnya hanya melingkari orang Melayu sahaja. Rumusannya itu dibuat berdasarkan carian di laman Internet lalu menemukan tiada cerita mistik dalam kalangan bangsa lain tetapi hanya menyentuh kita orang Melayu dengan unsur-unsur hiperbola. Adakah 'pengajaran dari Tuhan' ini untuk orang Melayu sahaja?
Menurut Asrul lagi 'tragedi' yang menimpa orang Melayu seperti demam panas, sesat, komplen mengenai makanan tak sedap kemudian cirit birit selama seminggu antara kisah yang selalu diulang tayang generasi demi generasi. Mungkin ada 'balasan' yang menimpa jemaah akibat mulut celupar mereka tetapi itu sebenarnya peringatan supaya menjaga kata-kata di Tanah Suci. Sepatutnya mereka yang diberi peluang jadi tetamu Allah itu menyebarkan kisah inspirasi yang boleh membuatkan orang lain tidak sabar untuk ke Mekah. Jadi, dengan peluang yang ada, mengapa habiskan cerita yang lebih menakutkan itu? Antara kisah yang boleh dipaparkan ialah betapa kerdilnya rasa diri ketika berihram dengan berjuta saudara Muslim seluruh dunia. Ceritakan juga pengalaman yang mendekatkan diri dengan Allah sepertimana bangsa lain di seluruh dunia yang menceritakan perkara-perkara baik di Mekah. Jadi, kenapa kita ada kisah yang berbeza? Padanlah Majalah Mastika begitu laris satu ketika dahulu. Bagaimanapun, tidak semua boleh menerima pendapat di luar kotak ini. Bagi mereka, kisah yang berlaku adalah benar-benar terjadi dan ia membuatkan jemaah merasa sangat insaf lalu berkongsi dengan orang lain. Jadi, kisah-kisah pelik ini sebenarnya penting untuk kita menginsafi diri. Orang Melayu dan kisah aneh memang tidak boleh dipisahkan kerana ia telah berakar umbi sejak sekian lama. Apatah lagi jika ianya berlaku di tanah suci, maka ramai yang memandang berat persoalan ini. Namun yang dipersoalkan penulis ialah mengapa kisah aneh itu yang diperbesar-besarkan hingga mengganggu cerita utama iaitu beribadah kepada Allah. Pendapat anda bagaimana pula ya? - CARI |
6
Bagus |
1
Marah |
3
Terkejut |
6
Sedih |
1
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
justchu replied at 1-3-2019 11:54 AM
Dia sama mcm melatah. Malaysia je ado
Kisah aneh2, kakau duduk malaysia, zimbabwe ke indon ke...m ...
najib888 replied at 1-3-2019 07:56 PM
Eh..tak kot.. bangsa lain pun ada gak yang latah.. korea ka apa.. ada dokumentari kat youtube
ADVERTISEMENT