Pengusaha kosmetik terkenal Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman atau Aliff Syukri Terlajak Laris menerima perkhabaran yang menyedihkan kelmarin berikutan pemergian ayahandanya akibat serangan jantung dan paru-paru berair.
Pemergian ayahandanya itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada dia sekeluarga. Aliff juga berkongsi rahsia pengorbanan ayahnya selama ini. Menurut Aliff, selama 25 tahun ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji kurang RM900 sebulan untuk membesarkan 8 orang anak. Walaupun dalam kesempitan, ketika kecil ayahandanya sering membawa Aliff berjualan jeruk dan pernah bercita-cita ingin membelikan Aliff sebuah motosikal RXZ tetapi hasrat ayahandanya itu tidak kesampaian. Ibu bapanya kemudian berpisah dan masing-masing memilih haluan yang baru. Aliff juga mendedahkan selama empat tahun dia memulakan perniagaan Dherbs, ayahandanya banyak menolong walaupun kehidupannya sendiri tidak pernah cukup dengan kos tanggungan yang tinggi. Sebaliknya Aliff pula sejak kecil berjanji akan membelikan ayahandanya sebuah kereta Honda. Aliff lebih bernasib baik kerana perniagaannya membuahkan hasil dan tiga tahun lalu Aliff berjaya mengabulkan janjinya dengan menghadiahkan sebuah kereta buat ayahandanya yang diterima olehnya dengan penuh kegembiraan. Aliff berkata dia bersyukur dapat menunaikan impian ayahnya semasa dia masih hidup. Walau bagaimanapun, dia rasa berduka atas pemergiannya dan berjanji akan menjaga kereta itu sebagai tanda kenangan antaranya dan arwah ayahandanya. Takziah diucapkan kepada Aliff sekeluarga atas pemergian ayahandanya, Allahyarhan Hj Kamarzaman B Hj Kamaludin. Solat jenazah dijadualkan pada hari ini jam 10 pagi, di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah. -CARI
|
8
Bagus |
1
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
edoraixora replied at 28-2-2019 12:15 PM
semalam dok baca kapsyen dia, kakak & mak dia, memang selok ler aku nanges, merebas air mata...terin ...
edoraixora replied at 28-2-2019 04:15 AM
semalam dok baca kapsyen dia, kakak & mak dia, memang selok ler aku nanges, merebas air mata...terin ...
RatuDunia94 replied at 28-2-2019 02:09 PM
Time gini sedih ah.. esok dtg perangai gedik dia org nyampah balik..
RatuDunia94 replied at 28-2-2019 02:09 PM
Time gini sedih ah.. esok dtg perangai gedik dia org nyampah balik..
ADVERTISEMENT