CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kalau 'Dia' Tak Ada, Maka Tak Bergayalah Anda Ketika Beraya!

1-3-2019 05:37 PM| Diterbitkan: eimila| Dilihat: 5237| Komen: 9|Original author: Oleh: Eimila

Wah, rupa-rupanya tanggal 28 Februari adalah tarikh untuk meraikan para tukang jahit seluruh dunia! Kenapa tarikh ini dipilih? Sebenarnya, tarikh ini adalah bersempena tarikh lahir Elias Howe Jr yang mencipta mesin jahit yang pertama. Ramai yang tidak biasa mendengar ini berbanding Isaac Singer yang menyempurnakan mesin jahit tersebut dengan penambahan pelbagai aksesori dan model sehingga akhirnya namanya menjadi jenama yang tidak asing lagi dalam dunia jahitan.

Sebelum penciptaan mesin jahit, kaum wanita terutamanya terpaksa menghabiskan masa seharian untuk menjahit pakaian menggunakan tangan. Sudahlah upah yang diberikan sangat sedikit, mereka terpaksa pula berhempas-pulas untuk menyiapkan walaupun sehelai pakaian sepanjang hari. Pada masa kini, sudah ada banyak jenis dan jenama mesin jahit dari jenis mudah alih sehinggalah mesin jahit sulam dan industri yang dapat memudahkan kerja-kerja jahitan sama ada di rumah atau kilang.

Tukang jahit, sama ada yang menjahit di rumah sahaja atau mempunyai kedai sendiri, sangat "terkenal" terutamanya ketika menghampiri musim perayaan kerana permintaan untuk tempahan baju melonjak naik sehinggakan ada yang tidak menang tangan. Selain itu, ada lagi fakta menarik tentang tukang jahit dan dunia jahitan yang mungkin anda tak tahu sebelum ini:


Kredit foto: https://www.visitlondon.com/things-to-do/place/116129-london-sewing-machine-museum

1. Terdapat Muzium Mesin Jahit di London yang mempamerkan mesin jahit yang wujud pada tahun 1850 sehingga 1950 termasuklah mesin Singer yang pertama dan mesin jahit yang pernah dimiliki oleh anak perempuan sulung Ratu Victoria.

2. Datuk Rizalman Ibrahim merupakan pereka fesyen atau 'tukang jahit' bagi Yang di-Pertuan Agong ke-16, iaitu Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kredit foto: https://www.eclecticpop.com/2018/05/must-see-movie-review-royal-tailor-2014.html

3. Terdapat sebuah filem Korea bertajuk "The Royal Tailor" yang menceritakan kisah dua orang tukang jahit diraja pada Dinasti Joseon. Yang menariknya, kedua-dua tukang jahit ini adalah lelaki!

4. Benang yang pertama diperbuat daripada urat haiwan.

5. Jarum jahitan yang pertama diperbuat daripada tulang atau tanduk haiwan.

Kredit foto: https://rear-view-mirror.com/2013/10/22/bone-sewing-needles-a-brief-history-of/

Kepada yang bergelar tukang jahit, tak kisahlah sama ada tukang jahit 'biashe-biashe' saja atau tukang jahit profesional, anda memang bukan 'biashe-biashe' terutamanya ketika Hari Raya! - CARI 
5

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • NmeeraR


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NmeeraR 1-3-2019 07:11 PM
Thanks tukang jahit ku...
Quote aleesyasofia 2-3-2019 06:30 AM
mmg best movie the royal tailor.. cntk2 bajunya..
Quote sonatalady 2-3-2019 03:00 PM
Terima kasih mak cik yg jahit baju masa kami kecik2 dulu.mak sakit..abah yg uruskan semua.jadi kdg2 antar kain lambat..tetap terima.yg best kain abah beli sama warna..dah mcm kembar lak.hehhee
Al fatihah buat makcik.
Quote mbhcsf 2-3-2019 08:29 PM
Cool...good article
Quote pai.kacang 4-3-2019 12:05 PM
ada jugak hari untuk tukang jahit.. kekkeke
Quote kaklong32 6-3-2019 12:04 PM
ai pon baru tau ada hari utk tukang jahit eh
Quote asimasghar 7-3-2019 05:32 PM
For latest fashion  trends visit this website. Updates about fashion trends in 2019.

http://www.fashiontrends.pk/pakistani/

Quote iznanaziz 23-4-2019 03:41 PM
kaklong32 replied at 6-3-2019 12:04 PM
ai pon baru tau ada hari utk tukang jahit eh

ha ah, i pun baru tahu.
Quote biozipstar 10-5-2019 10:53 AM
i tengok cerita korea tu... yg menang yg belah kanan. dia ada bakat yg wow.. dia dye kain sndiri as per yg dia nak.. dia boleh imagine camne nak buat baju yg buat orang wow.... wut wut

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.039203 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top