CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Preity Zinta Kecewa Tak Pernah Sambut Ulangtahun Perkahwinan Kali Pertama Dengan Suami

1-3-2019 06:34 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 12802| Komen: 29|Original author: Oleh: Nia M

Preity Zinta ialah satu nama dalam industri lakonan Bollywood yang cukup disegani. Preity mula dikenali melalui lakonannya dalam filem Kya Kehna dan banyak lagi filem Bollywood yang lain seperti Har Dil Jo Pyaar Karega, Dil Hai Tumharaa dan Dil Chata Hai yang menaikkan namanya.

Kredit foto: Instagram


Preity mula terjebak dalam dunia lakonan pada tahun 1998, yang pada mulanya hanya menemani kawannya ke ujibakat. Kecantikan Preity yang berwajah ala Inggeris membuatkan ramai menyangka dia adalah kacukan Inggeris walhal sebenarnya kedua-dua ibu bapa Preity adalah berketurunan India.

Preity telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya iaitu Gene Goodenough pada tahun 2016 di Los Angeles dalam sebuah majlis tertutup. Suaminya merupakan seorang Senior Timbalan Presiden di NLine Energy, iaitu syarikat kuasa hidroelektrik di Amerika Syarikat. 





Kredit foto: Instagram


Seperti pasangan berkahwin yang lain, Preity juga berharap dapat menyambut ulangtahun perkahwinan mereka berdua. Namun, setelah tiga tahun berkahwin, mereka masih lagi tidak dapat menyambut ulangtahun mereka. 


Rupa-rupanya Preity mendedahkan bahawa tarikh perkahwinan mereka ialah 29 Februari 2016, iaitu tahun lompat. Tahun lompat hanya muncul empat tahun sekali! 

Justeru, Preity dan suami terpaksa menunggu setahun lagi untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka buat pertama kali kerana tahun hadapan iaitu 2020 merupakan tahun lompat.



Kredit foto: Instagram


Bersabarlah Preity dan suami! Penantian selama empat tahun memang lama. Agak-agak ramai tak yang kahwin pada 29 Februari di Malaysia? - CARI 

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • natrahn

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 1-3-2019 07:48 PM
tak apalah.. celebrate hari2 pon okay.. yg pntg sheolss cntk sgt..
Quote nishikido 1-3-2019 08:14 PM
Cantiknya lah sheolls ni..dah tua pon tetap cantik glowy mowy..i minat gilaa sheolls sejak berlakon dil hai tumhara..sebab personality and aura she agak 'lain', xmacam heroin2 typical macam mahduri dixit,juhi chawla,aishu,or kareena.yg lelain macam diva2 gitu tapi preity ni macam kool2 je..watak2 pon pelbagai.kelakar boleh,sedih pon boleh..
Quote multinicky 1-3-2019 08:55 PM
anak2 mesti cantik2 n handsome2 nnt.
Quote delia3003 1-3-2019 09:08 PM
Tak tau pun dia kawen mat saleh. Suka tengok muka dia, manis dengan lesung pipit sebagai penyeri. Maintain cantik.  
Quote Cicisweets 1-3-2019 10:09 PM
nishikido replied at 1-3-2019 08:14 PM
Cantiknya lah sheolls ni..dah tua pon tetap cantik glowy mowy..i minat gilaa sheolls sejak berlakon  ...

Dia ni kat luar ada gossip diva belagak bagai.
Quote dua_chzy 1-3-2019 10:11 PM
Punya la marhaen rupa laki sheols. Tapi harus duit berkepuk.
Quote CiliPadiSedap 1-3-2019 10:30 PM
Tahun lompat? Bukan tahun khinzir ke tahun ni?
Quote HujanBatuTiga 1-3-2019 11:58 PM
Bila senyum ada iras2 Kate Prince Wills.
Sejak alter muka lain dah rupa preity. Tapi still cantik.
Quote buapakperut 2-3-2019 07:37 AM
baby face yang cantik sangat. suka tengok wajah dia ni. harap cepatlah membiak umur pun dah lewat, sayang baka helok tak dibiakkan
Quote weezerfan 2-3-2019 09:28 AM
Cantiknya dia...
Quote Juju89 2-3-2019 08:49 PM
tarikh yang sangat unik.
Quote nishikido 2-3-2019 09:24 PM
Cicisweets replied at 1-3-2019 10:09 PM
Dia ni kat luar ada gossip diva belagak bagai.

Semua Bollywood star kekwat chuolls..maksud i preity ni kool n rileks2 je macam pakaian n pembawakan diri.aktress lain macam lawa macam mana pon kuat betol bau kari,imej meenachi tu tetap melekat..tapi preity ni tak.she macam urban sikit.gitew maksud iolls
Quote lasagna 3-3-2019 02:28 PM
glowy nya sheol.. yess betul preity ni pun mmg dah mmg anak org kaya pun.. so idok ler set2 kari, dia mmg urban gak laa.. iols pun tak sangka hubby dia mat salleh yg kayos juga.. jodoh kannnn..
Quote pai.kacang 4-3-2019 09:08 AM
untung laa jadi artis... cite camni pun org nak buat artikel
Quote nanny_1 4-3-2019 03:37 PM

mak ayah dia india pure ke?
kenapa dia putih dan muka kacuk sangat.
Quote mieymiey 4-3-2019 04:22 PM
Cantiknya sheols
Cecepat beranak, mesti anak chuols meletop kebabom yach!
Quote LolaRosa 4-3-2019 05:05 PM
Cantiknye.. Kan best kalo i ade lesung pipit camtu jgk  
Quote Juju89 6-3-2019 04:21 PM
tarikh yang unik for the wedding bersabar sahaja menunggu tarikh itu.
Quote sarah_ary2 6-3-2019 04:27 PM
HujanBatuTiga replied at 1-3-2019 11:58 PM
Bila senyum ada iras2 Kate Prince Wills.
Sejak alter muka lain dah rupa preity. Tapi still cantik. ...

Betul muka before nampak lagi muda
Dan keanak anakan sekarang nampak mcm
Umur dia, she alter hidung kan???

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037547 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top